Canggih, Sungguh Canggih

Wah sophisticated budak-budak lani. Hari ni aku terpaksa balik jam 8 lebih pasai ada kes yang terpaksa di selesaikan. Canggih betoi depa ni lani. Depa punya modus operandi buleh di buat filem. Ceghita dia macam ni.

3 minggu lepaih 2 orang pengawas report yang seorang pengawas pompuan lain, form 1, dok berpelok di kantin dengan bopren dia. Pengawas tu pun kena panggil la. Bila siasat dia kata yang tu perkara biasa la, banyak budak lain dok buat. Bila di desak dia reveal yang budak form 3, 4 dan 5 pun dok buat macam tu. Oleh sebab dia pengawas, dia kena marah, dan dinasihati jangan buat dah. Dia pun berjanji la.

Esoknya pengawas tu mai habaq yang dia kena ugut dengan budak tu. Budak tu kata dia nak bawak mak dia mai jumpa depa. Guru pengawas pun repot kat penyelia petang dan sebagai hukuman dia dilucutkan dari jadi pengawas. Kami ingat habih tang tu la. Rupa-rupanya budak ni bengang dengan pengawas yang repot dia tu dan buat 1 planning. Depa berpakat beberapa orang, semua pompuan, form 1 tapi dinasihati oleh seorang pengawas jugak dari form 2. Depa plan nak buat satu surat kutuk guru-guru sekolah tu seterukl-teruknya. Lepaih tu depa nak guna code WINGDINGS untuk reveal yang kononnya 2 orang pengawas yang repot tadi la yang tulih surat tu.

Depa kutip duit dapat RM10 dan photostat 200 keping surat kutuk dan mencarut tu. Depa tunggu hari ni sebab last day sekolah dan sesi petang hanya mula pada pukoi 2.25. Di antara masa sesi pagi balik jam 11.50 ada banyak masa. Depa tipu mak bapak depa yang hari ni ada koir praktis jadi depa mai awai. Depa sebarkan surat tu ke seluruh form 2 pada jam 1.00. Lepaih tu depa nak masuk bilik guru tapi tersentak nampak ada satu guru yang mai awai. Salah seorang pi distract cikgu tu dan ajak cikgu tu sembang di luaq. Masa tu sorang lagi masuk dan taburkan lagi di dalam bilik guru.

Bila aku sampai sekolah pada jam 2.40 penyelia petang suruh decipher kod tu pasai dia tak berapa reti. Aku taip dengan WINGDINGS A sampai Z. Dapat la FROM and SQ iaitu initial dua orang pengawas yang buat repot tu. Mula-mula kami tak tau tapi kami bawak sorang cikgu yang memang pakar dalam interrogation. Cikgu yang mai awai tu habaq la yang dia ada bercakap dengan seorang budak. Kami start daripada situ dan selepas 3 jam dapat confession daripada kepala tu. Dia pun bagi nama bekas pengawas yang ditangkap berdakap tu.

Si budak ni pun mengaku la dan namakan sorang lagi budak yang banyak bantu mengarang kutukan dan carutan. Bear in mind, ni semua budak pompuan form 1 dan sorang budak pompuan form 2. Naik lagi 2 nama orang yang bagi sumbangan RM2 seorang untuk photostat. Dapat jugak nama sorang balaci jantan yang tolong distribute. Si balaci ni pun mengaku dan tambah pulak dia lah yang calaqkan keta penyelia petang setelah di suruh dan di pujuk oleh pengawas form 2 tu.

Kami pun talipon parents depa. 1 demi satu parents masuk. Bila kami tunjuk surat yang anak depa karang dan edar tu, tercengang depa. Kami biaq depa lama sikit dengan surat2 tu bagi depa absorb isi dia. Lepaih tu 1 per 1 dipanggil. Mula dengan bekas pengawas yang berdakap tu. Mak dia punya maki dia dan sepak dia punya teruk sampai berdarah. Nasib baik kami intervene. Mak-mak yang lain pun dok menangih. Depa dok kata depa malu dengan anak depa. Mak pengawas form 2 tu tak pandai berbahasa Melayu. Dia punya dok merayu jangan repot polis. Bukan hasrat kami nak repot polis tapi ada cikgu yang tak puaih hati sebab surat tu mengandungi yang depa dok buat seks sesama cikgu dan benda tu di sebar ke kelas-kelas.

Mak balaci yang calaq keta cikgu tu buat kahaq kata anak dia baik dan tak buat salah. Dia kata anak dia dipaksa mengaku. kami panggil anak dia. Anak dia kata memang dia yang calaq keta tu pasai dipujuk oleh kawan dan jugak sebab dia buat seronok-seronok. Terdiam la mak dia tu. Terdengaq la jugak ada cikgu merongot, kalau cikgu pukoi anak depa depa buat laporan dalam surat khabar dan polis, so pasai apa kami tak buleh repot kalau anak depa buat macam tu?

Last sekali dekat pukoi 8 keputusan dibuat bahawa bila sekolah bukak pada 27hb jawatankuasa disiplin akan bermesyuarat. Keputusan mesyuarat akan di sampaikan kepada ibu bapak pada 28hb. Pelajar disuruh sediakan surat memohon maaf resmi dan jugak tunggu keputusan JK disiplin. Kami buleh repot polis atau gantung atau buang sebab ini kes serious. Semua cikgu kecuali seorang sanggup maafkan budak2 ni. Kata dia, sebab surat itu dah di edar apa yang buleh halang budak-budak lain daripada perli cikgu-cikgu ni? Kami mungkin suruh depa mintak maaf di perhimpunan dan kemudian minta pertukaran ke sekolah lain supaya rekod depa tak buruk.

Dalam hal ni aku bernasib baik, sebab nama aku adalah di antara segelintir nama guru yang tak ada dalam surat tu. Canggih tak budak-budak lani? Malaysia Boleh!

21 Responses to “Canggih, Sungguh Canggih”

  1. tokasid Says:

    Salam che’gu;

    MasyaALLAH1 Budak form 1 buat lagu tu? Budak pompuan pulak tu…
    Aku memang sedia maklum ramai juga budak form1-3 sekolah harian pompuan yg tak senonoh.

    5-6 tahun dulu ada guru bagitau aku depa tangkap budak form 2 jadi pengedar KONDOM di sekolah pompuan. Depa jumpa 10 keping kondom dalam beg sekolah dia. Pelanggan dia dari form 1-5 masa tu. guru2 interogate dia dapatlah nama pelanggan2 dia. Yg lebih terkejut rupa2 budak pengedar ni dah termengandung. What happen after that aku tak tau.

    Tapi yg hang cerita ni memang menyedihkan. dan yg lagi sedih parents dok ingat anak dara depa baik macam malaikat.

    I think they should buat open apology dan ngaku serta explain apa pasai depa buat surat itu. I think a police report is warranted dan Jabatan Pelajaran Daerah dan Negeri mesti di beritahu. Bukan apa…mak pak ni aku percaya akan cuba guna political connection nak cover kesalahan anak depa.

  2. tokasid Says:

    Salam che’gu;

    ni takdak sangkut paut dgn budak2 form 1 yg brutal.
    Ada kawan sms kata MU kalah 1-0 ngan MC.

    Ma’oh noo…

  3. katataknak Says:

    Doc,
    Memang kalah. Sat lagi aku nak tulih dalam katataknak. Tak buleh la kalau menang saja kita tulih. Kalau kalah pun kena terima hakikat la. Nampaknya season ni cup tu tak dapat la.

    Tentang budak2 tu memang cadangannya ialah untuk depa buat public apology dan parents depa kena hadir masa depa apologise. Yang aku terkejut ni, budak2 ni adalh my better students, cerdik dan tak bagi hal dalam kelas. Dan yang lagi mengejutkan ialah depa buat conspirasi nak bagi orang lain yang depa benci kena tuduh.

    Aku pun tak sangka yang depa ni yang jadi culprit sebab initially kami haul up budak lain termasuk budak pompuan form 2 yang distract cikgu tu. Daripada situ baru dapat tau yang lain, yang kami tak sangka, pun terlibat sama.

  4. tokasid Says:

    Salam che’gu:

    Memang upset bila budak2 “baik” buat mcm ni. Ni baru form 1. bayangkan if they got away with this…apa yg depa boleh buat bila dah form 3 atau form 5 atau bila depa dah kerja nanti?
    Depa ni ada tanjak boleh jadi mastermind dalam mcm2 benda tak elok nanti kalau tak di ‘baikpulih’ sikap dan attitude depa. Kurang2nya gdn terkantoi nya depa , mak pak dan sekolah masih boleh tarik depa drp ‘sesat’ otak depa.

    Selalunya budak2 ‘jahat’ depa buat jahat terang2. They are loud and they want others to know about them. Depa ni kira mcm bodoh sombong. rasa hebat bila org tau depa jahat atau nakal. Rasa mcm gangster.

    Tapi yg budak2 “baik” dan sengap ni, depa jahat secara bijak. Ada perancangan. macamana nak pekena org lain. Macamana nak execute plan tu. Macamana nak sebarkan perancangan mereka. Yg jenih ni buat jahat tapi tak suka heboh.Low profile. Yg penting bagi mereka bukan org kenal depa tapi org dapat lihat kesan plan depa berjaya dan org dok tanya2 sapa yg buat. Di situ thrill depa.

    Aku harap budak2 ni dapat ambik pengajaran dan tukar sikap. Kalau depa tak mahu tikar sikap…I think depa akan jadi lebih licik dan jahat pada masa akan datang.

  5. katataknak Says:

    Betul tu doc, it is very scary that this sweet innocent faces are the front for vicious monsters. Dulu di sek lama aku ada budak pompuan remove class mengedar pills. Is this progress or to be more precise is this the price we pay for progress.

  6. kerp Says:

    baru 13 thn dah pandai plotting. bukan apa, kalo sorang 2 takpe, ni ramai2. takut dah besar lagi ramai pulak jadi bohsia. bila dah ramai bohsia lagi berleluasa mat rempit. mmg canggih la budak2 skang ni cikgu.

  7. adihamka Says:

    cikgu…
    ni semua dah start ada sejak saya dok form 3 lagi,tahun 1999 nun.
    pasai tu sampai la ni,saya menyampah tgk mak bapak defend anak2 kat skolah,konon anak depa bawah sket drpd malaikat.padahal setan pun cuak tgk perangai depa!

    berpotensi woo jadi gangster besaq nanti..cayalah!

  8. raplahjingga Says:

    Salam…

    Teruk dahhhh…memang terukkk…
    apa root cause masalah depa nie…itu kena cari lah..
    masalah dari Hishamudin Hussein ,noh omaq yg tak tau apa2?
    cuma pentingkan perut sendiri drpd masalah anak bangsa?
    bangsa?? aiseyyy jgn sebut pasal anak bangsa…kan umno yg merajai pembelaan anak bangsa…tu yg ramai merempitt,menagih dadah,
    merogol,merompak….setakat calaq keta tu ..alahhhh small matter man…
    itu pun orang melayu x sedar lagi…anak sapaaa tu

  9. naktaknak2 Says:

    Adihamka dan Raplahjungga,
    Hai, kalau bekas Perdana Menteri buleh buat konspirasi maka perbuatan tu akan jadi ikutan la. Ni la bahayanya, tapi orang tak mau mengaku.

  10. raplahjingga Says:

    che’gu,

    depa nie banyak sangat tengok citer hindustan kot?
    tu yg banyak sangat konspirasi …
    nak kata hairan bin ajaib pun x gak…sejarah kemerdekaan pun
    depa buleh ubah..
    walaupun dulu saya admire kat Tok Det,tp banyak kesilapan yg
    bercelaru dlm negara kite nie berpunca daripada pentadbiran dia yg guna law of jungle(betoi ker spelling?)..la ni diikuti zaman pak lah yg x abis2 kata “kita akan siasat…,depa x bersalah” dan ntah apa2 lagi..

    p/s teringat masa kat jepun dulu…4 tahun duduk sana,berapa kali tukaq PM…

  11. katataknak Says:

    Raplah,
    Pasai Tok Det ni aku dah meluat dan tak akan suka kat dia sampai bila2. Banyak orang mungkin tak setuju tapi bagi aku mangkok ni lah punca segala kejahatan sebab dia menghalalkan semua yang haram. Orang pun ikut saja lah contoh dia.

  12. raplahjingga Says:

    che’gu,

    Citer pasal Tok Det ni..teringat masa saya masih kat negara Matahari terbit…
    saya pernah buat graduation thesis saya pasal Wawasan 2020..
    dlm thesis saya,byk saya katakan pasal org tua ni punya pencapaian,vision dll…
    masa saya present kat dpn member2 jepun (dlm kelas tu cuma saya 2 org dr M’sia),…lecturer saya marahhh….
    sebab apa??? dia kata Tok Det ni hebat sangat ker..semua pasal dia ,kite dok banzai…banzai…
    rupanya jepun pun x semua suka dia….end up saya ubah topic thesis…”Ke mana arah Wawasan 2020″ …

  13. katataknak Says:

    Raplah,
    Itu info yang baru dan baik bagi saya sebab orang kita nak cuba mendewakan dia. Thanks

  14. bongkersz Says:

    tukar sekolah? nanti buat balik kat sekolah baru. macam itulah, kakitangan gomen yang buat salah.. tukar.. pindah.. manalah diorang nak dapat pengajaran. setakat tukar, tak akan settle masalah..

  15. katataknak Says:

    Bongkerz,
    Depa dah kena buang and I bet you depa will be in another school in a week after rayuan ke JPN

  16. raplahjingga Says:

    Kes bawah nie ….duit yg diamanahkan kepada kerajaan negeri nie
    duit mak bapak shahidan kassim laknatullah ker?
    Hebat jer hang habaq sekolah PAS haram….yang HARAM tu salah guna duit rakyat utk perut sendiri…haram jadah betoi shahidan kassim ni…patut rakyat perlis singkir dia nie…

    Memalukan, tingkah laku Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis
    Bashir Ishak
    Tue | Sep 11, 07 | 08:27:27 AM

    KANGAR, 11 Sept (Hrkh) – Angkuh, bongkak dan sombong! Itulah yang mampu diterjemahkan pada Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Shahidan Kassim semasa menuduh bahawa sekolah yang diusahakan oleh PAS membawa pemikiran yang songsang, haram dan tempat menyebar fitnah.

    Sila layari http://www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau http://www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

    Malah lebih memualkan dan menampakkan kedangkalan serta politik murahan Shahidan apabila beliau dengan mendabik dada memperlekehkan lulusan sekolah agama betapa jalan yang digunakan ke sekolah tersebut adalah binaan Barisan Nasional (BN).

    Tidak cukup dengan itu, tambah memalukan sebagai seorang Menteri Besar sewajar beliau menunjukkan sikap kepimpinan yang ulung tetapi berlaku sebaliknya apabila Shahidan menuduh sekolah agama pimpinan PAS sebagai haram dan kerajaan negeri tidak akan membantu untuk menurap jalan ke sekolah itu serta tidak mahu bersubahat dengan perkara haram.

    Menurutnya, sekolah yang ditubuhkan oleh PAS Perlis membawa pemikiran yang songsang kepada pelajar.

    Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis semalam, beliau menyifatkan sikap PAS atau pembangkang yang menggunakan kawasan sekolah untuk menganjurkan ceramah politik adalah salah.

    Sekolah yang dimaksudkan ialah Al-Madarasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI) yang ditubuhkan oleh PAS Perlis pada tahun 1993 di Kampung Jejawi Dalam dekat sini.

    Kawasan itu juga dijadikan Markas Tarbiyah PAS Negeri Perlis untuk diadakan pelbagai program anjuran PAS Perlis termasuk ceramah politik.

    Shahidan pada ketika itu bangun menjawab soalan lisan dari Dato’ Loh Yoon Foo (BN-Titi Tinggi) berkaitan dengan hospital di Padang Besar, tetapi kemudiannya berpatah balik kepada soalan tambahan Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) untuk soalan sebelumnya yang telah dijawab oleh Exco Agama, Dato’ Abu bakar Ismail.

    Ustaz Hashim yang juga Pesuruhjaya PAS perlis bangun membuat soalan tambahan kepada soalan lisan Jafperi Othman (BN-Guar Sanji) tentang peruntukan menghiasi masjid-masjid di negeri ini.

    “Adakah kerajaan sedar hasil daripada beberapa keputusan yang dibuat untuk masjid-masjid telah menimbulkan pertiakaian dan salah-faham di kalangan orang ramai,” soal Ustaz Hashim berkaitan masalah khilafiah.

    Perbuatan Shahidan yang menyeleweng daripada jawapan untuk soalan Dato’ Loh itu turut menimbulkan kekeliruan apabila dia pula yang menyoal Ustaz Hashim apakah perkara yang menjadi pertikaian itu.

    Beliau turut membangkitkan pelbagai perkara lain seperti sekolah PAS (MADI) dan pembinaan markas PAS yang dianggap sebagai surau Dhirar.

    Ustaz Hashim pula bangun untuk menjelaskan tentang MADI yang ditubuhkan itu berjaya melahirkan pelajar yang mampu belajar sampai ke tahap doktor falsafah (PhD) dan yang kurang cemerlang dalam peljaran pun tidak pula menimbulkan masalah dalam masyarakat.

    Bagaimanapun Shahidan tetap menyatakan bahawa ceramah politik yang diadakan di kawasan berkenaan membawa fahaman yang boleh menyongsang pemikiran pelajar.

    Beliau turut mengungkit tentang pelajar yang berjaya belajar sampai ke tahap PhD itupun belajar di Universiti yang dibina kerajaan BN.

    “Pelajar-pelajar MADI ni pun bila keluar dari sekolah pun mereka akan lalu di jalan raya yang dibina oleh kerajaan BN,” kata Shahidan.

    Bagaimanapun Shahidan menolak saranan Ustaz Hashim untuk kerajaan negeri menurap jalan di MADI kerana kerajaan BN yang mahu berbaik-baik dengan semua rakyat.

    “Sempena bulan Ramadan dan semangat mahu berbaik-baik kerajaan BN dengan orang PAS, kenapa tidak ditarkan jalan di MADI yang sampai hari ini sebiji batu pun tak diberi,” kata Ustaz Hashim.

    Shahidan menjawab, tempat tersebut adalah tempat haram dan tempat menyebar fitnah, maka tidak boleh diberi kemudahan kerana bimbang akan bersubahat.

    Soal-jawab antara Shahidan dan Ustaz Hashim ini disampuk oleh Speaker Dewan yang menyatakan bahawa ianya telah menyeleweng dari soalan asal yang dibawa.

    Sidang Dun Perlis akan bersambung hari ini 11 September. – mks.

  17. rovlizaru Says:

    aku pun cikgu jugak tapi sekolah rendah la.budak2 tahun 6 sekolah aku ada jugak yang buat2 cerita cikgu pukui depa.padahal depa dok bergaduh sebelum tu kan main baguih lagi.esoknya depa boleh jadi ngam tahap kawan karib,tuduh member aku tu pukui depa.kurang ajaq sungguh.dahla tak pandai,nyusahkan cikgu lagi ada.memang canggih pun budak2 zaman sekarang.kalau form 1 pun akai dah panjang camtu tak mustahil malaysiaku gemilang,tak terbilang dengan budak2 yang perangai macam kutu hantu merapu.punah2…

  18. raplahjingga Says:

    Menuju ke arah Cemerlang,Gemilang,Terbilang dan Temberanggg..temberang rakyat la tu…

    benarlah apa yg disebut2…akan timbul bencana bila mana benda2 ini berlaku…antaranya

    1) Apabila orang yg bukan AHLInya memikul tanggungjawab
    (AHLI tu bukan maksud AHLI UMnO yea)

  19. naktaknak2 Says:

    Rovlizaru,
    Zaman canggih, semuanya canggih. Dah pemimpin tunjuk teladan macam tu. Konspirasi patut dimasukkan dalam kurikulum, “Pemikiran Mahathir”

  20. naktaknak2 Says:

    Raplah,
    Ahli UMNO hanya memikul emas, yang lain kita pikul.

  21. raplahjingga Says:

    akhlak remaja masa kini buleh dilayari diwebsite youtube…
    salah satunya….cuba surf ni

    mcm2 karenah budak2 sekolah nie…

    nauzubillah


Leave a comment