Selamat Menyambut Deepavali

Kepada semua penganut Hindu saya sekeluarga ingin mengucapkan Happy Deepavali. Ingat ,Pandu Cermat Jiwa Selamat.

screenhunter_01-nov-07-1057.gif

Posted in 1. Leave a Comment »

Apa La Punya Tur!

Seronok bila aku baca post di blog Rocky pasai satu pak lawak yang bernama Nazri yang di interview. jawapan dia tu memang di jangka dah. Dah dia dalam kerajaan dia kata lah yang bukan-bukan pasai bloggers yang kununnya insignificant. Kalau insigsignificant, dia tak layan la.

Part yang aku seronok ialah bila baca komen-komen pembaca post tu. Semua tau Rocky ni A-list blogger dan ramai pengkomen dia adalah depa yang betoi-betoi power dan ramai jugak yang regular, macam family gitu. Sama lah dengan blog aku jugak, biasanya yang family lah yang sentiasa akan buat komen.

Pemerhatian aku ialah, banyak concerns pengkomen ialah tentang tape yang DSAI bagi pasai Lingam dan Fairuz tu. Jelas ada beberapa pengkomen di sini.

1. Yang betoi2 benci BN. Depa ni memang seronok bila Nazri kena balun. Aku pun seronok pasai dia bodoh sangat dan dia tunjuk kebodohan dia bila dia bercakap.

2. Ada yang nak menegakkan apa yang Nazri cakap sebab kununnya, tape tu datang dari seorang yang dulunya kamceng dengan Lingam tapi lani dah fall out. Heran jugak aku. Apa kena mengena yang tu semua. Yang penting ialah isi tape tu bukan keakraban pembawa tape tu.

3. Ada yang sebenaqnya BN atau paling tepat UMNO giler tapi tak suka kat Dolah. Depa hentam Nazri pasai Nazri dok jilat pungkok Dolah.

4. Kumpulan terakhir ni la yang pathetic sekali, depa ni UMNO giler jugak tapi berkiblatkan Mamak Mahathir dan anti Anwar. Depa nak try tunjuk yang Nazri ni bodoh tapi pada masa yang sama persoalkan Anwar dengan tapenya. Depa tak mau membesarkan kes tape tu sebab tau yang penyagak yang paling berkuasa dalam memanipulasikan judiciary pada masa itu ialah Mamak Mahathir. Kalau kebenaran dibongkarkan maka terbongkar lah hakikat bahawa semua yang dibuat mestilah menguntungkan Mamak Mahathir. Depa ni lah yang mengelabah sebenaqnya dengan tape tu.

Posted in 1. 8 Comments »

Tuang Air Di Daun Keladi

Aku dah kata dah kan? Orang kita ni tak belajaq la. Kata la macam mana pun depa tak kisah punya. Tengok tak dalam paper hari ni. Rekha, yang umoq dia lebih kurang macam Adik Nurin ditemui semula. Ya la ini berita gembira tapi sebelum sesuatu ditemui semula benda itu mesti terlebih dahulu hilang.

Yang menjadi persoalan disini macam mana buleh hilang? Bila baca cerita dalam akhbar, dia hilang semasa dia pi Pasar Malam nak beli VCD. Ya la lepaih raya banyak duit raya. Ada jugak duit raya tu dikumpul daripada merayau merata. Jadi nak beli jugak VCD. Sapa pun tak marah kalau nak tonton VCD, semua orang perlu hiburan apa lagi kanak-kanak. Kalau mak bapak sayang anak-anak pastikan yang anak depa dapat tengok VCD tu dengan anak depa. Takut-takut satu hari mak bapak tonton VCD dimana anak depa sendiri jadi pelakon hasil terbitan dajal-dajal yang banuak berkeliaran di luar sana.

Ni nak tanya la. Dah tau kan pasai Adik Nurin yang nasib malangnya bermula bila dia pi Pasar Malam sorang sorang. Awat yang mak bapak Rekha ni buleh biaq anak pompuan depa yang kecil ni buat perkara yang sama. Tak guna kita ada Nurin Alert. Nurin Alert hanya berguna selepas sesuatu berlaku. Yang kita pentingkan disini ialah untuk perkara-perkara ni TAK BERLAKU.

Berapa kali lagi kita nak dengaq tentang berita macam ni lagi?

Posted in 1. 4 Comments »

Gua Tabik Lu

Aku tabik kat Hakim Hishammudin Mohd Yunus tu. Kalau dulu, semasa pra campurtangan eksekutif dalam judiciary perkara macam ni kerap berlaku. Aku masih ingat, Karpal menang banyak case Habeas Corpus terutama dalam kes-kes ni. Bila orang tua tu mula masuk campur dalam judiciary dengan penyingkiran Tun Salleh Abas, perkara yang dibuat oleh Hakim Hisham tak kedengaran lagi. Kalau ada pun, sebab hakim yang sama jugak.

Tak tau la samada gomen akan buat rayuan atau tidak. Kalau buat kes akan dibawa ke Mahkamah Rayuan pulak. Hakim Hisham tak akan ada di sana. Keputusannya berkemungkinan besar akan jadi lain pulak. Bak kata omputeh, ‘This is too good to be true’. Walau apa pun, as far as ISA is concerned, ini adalah satu landmark jugdgement.

Yang aku takut ni judgement ini akan di salahgunakan untuk kepentingan orang-orang diataih. Macam mana? Senang saja. Menteri A perlu duit nak belanja atas bini no 4 dia. Projek-projek habih di pelahap oleh menteri-menteri lain. Dia suruh sepupu dia tunjuk perasaan di depan Parlimen. Dia habaq siap-siap kat polis jangan pukoi sepupu dia. Dia suruh orang incharge KDN tangkap sepupu dia bawah ISA. Mangkok tu pulak saman kerajaan. Polis pun mengaku la depa sebat dia. Hakim pun bagi judgement RM25 juta. Senang la macam tu.

Memang la senario ini tak mungkin jadi tapi senario lain mungkin sebab, INI MALAYSIA.

Posted in 1. 6 Comments »

Aku Kesal

Ada perkara penting yang aku rasa menjadi tanggungjawab aku untuk ketengahkan di sini. Aku heran betoi-betoi dengan sikap orang Melayu ni. Maaf la kalau tak suka aku tegoq ni tapi aku rasa aku kena tegoq jugak.

Tadi aku keluaq pi beraya di rumah kakak ipaq aku. On the way tu aku nampak budak-budak Melayu berbaju raya yang rata-rata berumuq lengkongan 5 ke 10 tahun dok berjalan untuk pi beraya di rumah orang. Ada kumpulan yang aku tengok ramai jugak. Ada jugak kumpulan yang berdua saja. Depa jalan di jalan yang agak sunyi sepi. Apa kita dah lupa kah kes adik Nurin?

Yang si mak bapak tu, pasai apa pi biaq depa keluaq macam tu? Awat pasai nak pi kutip duit raya? Awat mak bapak galakkan anak-anak depa pi buat macam tu ka? Kalau dah jadi budaya aku tak tau la, tapi kalau nak bagi depa seronok pun tak terpikiaq ka bahaya yang dok mengancam? Awat nak tunggu jadi lagi berpuluh-puluh kes baru nak sedaq ka? Ini bukan zaman kita muda dulu, ini zaman kalut. Orang gila dan  orang tak berpedoman ramai di luaq sana. Awat la leka sangat bangsa aku ni.

Kalau sayang anak tentu mau tengok anak sentiasa ada di sisi kita kan? Kalau dok biaq macam tu takut-takut satu hari anak akan jadi bahan berita di akhbar dan tv nanti. Takpa la kalau tak dapat duit raya banyak asalkan anak selamat.

Sakit betoi hati aku tadi bila aku tengok. Memang keadaan sesuai untuk penyangak-penyangak mengambil kesempatan. Ingat malang bukan saja berlaku kepada orang lain. Kalau kita cuai, bermakna kita mengundang malang itu.

Celik la mata wahai orang-orang Melayu oi, jangan ingat nak seronok sangat.

Posted in 1. 7 Comments »

SELAMAT HARI RAYA

Sempena baik bulan baik ni, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua yang telah melalui blog ini sekiranya saya ada terkasaq bahasa atau tersilap bicara. Semua yang telah saya perkatakan datangnya ikhlas daripada hati yang benar-benar mahu melihat Malaysia dan rakyat Malaysia sebagai satu negara yang diredhai dan di berkati ALLAH. Saya sangat-sangat berharap bahawa satu hari nanti kita boleh benar-benar megah mengaku kita ini rakyat Malaysia.

screenhunter_09-oct-10-1149.gif

Posted in 1. 3 Comments »

Orang Orang Tertentu?

Aku tengok di tv tadi ada drama cabutan unit rumah pangsa untuk mangsa Tsunami. Certita ni memang dah dok main di tv banyak hari dah dan drama ni memang menarik. Mula-mula depa tunjuk dia punya conflict di mana mangsa-mangsa dok mengeluh tak buleh pindah lagi ke kediaman baru depa.

Macam-macam cerita depa buat dan banyak pihak dipersalahkan. MBSB pun salah dan kerajaan negeri pun salah. Yang depa dok canang kat orang ramai ialah rumah tu harga dia 60 ribu lebih setiap satu tapi mangsa hanya perlu bayaq 14 ribu atau 50 ringgit sebulan saja. Depa mention jugak flat-flat tu dibina dengan duit derma tabung Tsunami tapi depa highlight yang mangsa cuma kena bayaq 14 ribu saja. Aku dok congak-congak kalau 100 unit, makna mangsa kena bayaq 1.4 juta. Alamak ciputnya. Kalau 200 unit baru 2.8 million, apa kerajaan tak buleh bagi ka? Bukannya mangsa tu panggil Tsunami tu mai. Depa ni betoi-betoi mangsa.

Lepaih tu depa tunjuk pulak pelakon pembantu mai. Dia tak buleh settle tapi masuk hero tua kaki tidoq. Sekali dia berdengkor semua takut lintang pukang. Terus settle masaalah. Fuyoo! terernya hero tua kaki tidoq ni.

Yang bestnya tadi aku tengok keadaan jadi kecoh bila mangsa-mangsa pi nak undi unit mana depa nak dapat. Depa diberitau yang hanya Block A saja yang diundi. Block B dikhaskan untuk orang-orang tertentu. Aku dah agak dah. Pasai apa dikhaskan untuk orang-orang tertentu. Sapa dia orang-orang tertentu ni. Ikut firasat aku berdasarkan kepada apa yang selalu terjadi bila ada pengundian rumah kos rendah ni, orang-orang tertentu adalah balaci-balaci UMNO yang tak malu. Bukan saja depa dapat, anak pinak depa yang tak duduk disitu pun akan dapat. Satu-satu ketua cawangan akan dapat beberapa unit. Awat, depa istimewa? Maaf la kalau kasaq sikit, awat pukimak depa mas ka depa kena diberi keistimewaan.

Ada satu pompuan tua dok maki kat DO yang incharge tu siap dengan cakap omputeh lagi. Terkedu jugak si DO tu tak tau nak jawab. Ya la, pasai ada TV3, dia tak reti jawab la, kalau takdak TV3 entah-entah mak cik tu kena semboq banyak mana tak tau la. Last sekali, depa tunjuk footage di mana diumumkan dua dua block akan diundi.

Yang jadi persoalan ialah, ada perbezaan ka block A dengan Block B. Kalau tak, pasai apa jadi kecoh? Kenapa mak cik tu kata ‘not fair like this’? Siapa kah orang-orang tertentu tu?

Posted in 1. 2 Comments »