Seronok bila aku baca post di blog Rocky pasai satu pak lawak yang bernama Nazri yang di interview. jawapan dia tu memang di jangka dah. Dah dia dalam kerajaan dia kata lah yang bukan-bukan pasai bloggers yang kununnya insignificant. Kalau insigsignificant, dia tak layan la.
Part yang aku seronok ialah bila baca komen-komen pembaca post tu. Semua tau Rocky ni A-list blogger dan ramai pengkomen dia adalah depa yang betoi-betoi power dan ramai jugak yang regular, macam family gitu. Sama lah dengan blog aku jugak, biasanya yang family lah yang sentiasa akan buat komen.
Pemerhatian aku ialah, banyak concerns pengkomen ialah tentang tape yang DSAI bagi pasai Lingam dan Fairuz tu. Jelas ada beberapa pengkomen di sini.
1. Yang betoi2 benci BN. Depa ni memang seronok bila Nazri kena balun. Aku pun seronok pasai dia bodoh sangat dan dia tunjuk kebodohan dia bila dia bercakap.
2. Ada yang nak menegakkan apa yang Nazri cakap sebab kununnya, tape tu datang dari seorang yang dulunya kamceng dengan Lingam tapi lani dah fall out. Heran jugak aku. Apa kena mengena yang tu semua. Yang penting ialah isi tape tu bukan keakraban pembawa tape tu.
3. Ada yang sebenaqnya BN atau paling tepat UMNO giler tapi tak suka kat Dolah. Depa hentam Nazri pasai Nazri dok jilat pungkok Dolah.
4. Kumpulan terakhir ni la yang pathetic sekali, depa ni UMNO giler jugak tapi berkiblatkan Mamak Mahathir dan anti Anwar. Depa nak try tunjuk yang Nazri ni bodoh tapi pada masa yang sama persoalkan Anwar dengan tapenya. Depa tak mau membesarkan kes tape tu sebab tau yang penyagak yang paling berkuasa dalam memanipulasikan judiciary pada masa itu ialah Mamak Mahathir. Kalau kebenaran dibongkarkan maka terbongkar lah hakikat bahawa semua yang dibuat mestilah menguntungkan Mamak Mahathir. Depa ni lah yang mengelabah sebenaqnya dengan tape tu.