SELAMAT HARI RAYA

Sempena baik bulan baik ni, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua yang telah melalui blog ini sekiranya saya ada terkasaq bahasa atau tersilap bicara. Semua yang telah saya perkatakan datangnya ikhlas daripada hati yang benar-benar mahu melihat Malaysia dan rakyat Malaysia sebagai satu negara yang diredhai dan di berkati ALLAH. Saya sangat-sangat berharap bahawa satu hari nanti kita boleh benar-benar megah mengaku kita ini rakyat Malaysia.

screenhunter_09-oct-10-1149.gif

Posted in 1. 3 Comments »

Orang Orang Tertentu?

Aku tengok di tv tadi ada drama cabutan unit rumah pangsa untuk mangsa Tsunami. Certita ni memang dah dok main di tv banyak hari dah dan drama ni memang menarik. Mula-mula depa tunjuk dia punya conflict di mana mangsa-mangsa dok mengeluh tak buleh pindah lagi ke kediaman baru depa.

Macam-macam cerita depa buat dan banyak pihak dipersalahkan. MBSB pun salah dan kerajaan negeri pun salah. Yang depa dok canang kat orang ramai ialah rumah tu harga dia 60 ribu lebih setiap satu tapi mangsa hanya perlu bayaq 14 ribu atau 50 ringgit sebulan saja. Depa mention jugak flat-flat tu dibina dengan duit derma tabung Tsunami tapi depa highlight yang mangsa cuma kena bayaq 14 ribu saja. Aku dok congak-congak kalau 100 unit, makna mangsa kena bayaq 1.4 juta. Alamak ciputnya. Kalau 200 unit baru 2.8 million, apa kerajaan tak buleh bagi ka? Bukannya mangsa tu panggil Tsunami tu mai. Depa ni betoi-betoi mangsa.

Lepaih tu depa tunjuk pulak pelakon pembantu mai. Dia tak buleh settle tapi masuk hero tua kaki tidoq. Sekali dia berdengkor semua takut lintang pukang. Terus settle masaalah. Fuyoo! terernya hero tua kaki tidoq ni.

Yang bestnya tadi aku tengok keadaan jadi kecoh bila mangsa-mangsa pi nak undi unit mana depa nak dapat. Depa diberitau yang hanya Block A saja yang diundi. Block B dikhaskan untuk orang-orang tertentu. Aku dah agak dah. Pasai apa dikhaskan untuk orang-orang tertentu. Sapa dia orang-orang tertentu ni. Ikut firasat aku berdasarkan kepada apa yang selalu terjadi bila ada pengundian rumah kos rendah ni, orang-orang tertentu adalah balaci-balaci UMNO yang tak malu. Bukan saja depa dapat, anak pinak depa yang tak duduk disitu pun akan dapat. Satu-satu ketua cawangan akan dapat beberapa unit. Awat, depa istimewa? Maaf la kalau kasaq sikit, awat pukimak depa mas ka depa kena diberi keistimewaan.

Ada satu pompuan tua dok maki kat DO yang incharge tu siap dengan cakap omputeh lagi. Terkedu jugak si DO tu tak tau nak jawab. Ya la, pasai ada TV3, dia tak reti jawab la, kalau takdak TV3 entah-entah mak cik tu kena semboq banyak mana tak tau la. Last sekali, depa tunjuk footage di mana diumumkan dua dua block akan diundi.

Yang jadi persoalan ialah, ada perbezaan ka block A dengan Block B. Kalau tak, pasai apa jadi kecoh? Kenapa mak cik tu kata ‘not fair like this’? Siapa kah orang-orang tertentu tu?

Posted in 1. 2 Comments »

Lelong! Lelong!

A: You pasti ini baik punya?

B: Sudah tentu encik, saya tak jual barang koman punya.

A: Ada gerenti ka?

B. Mesti ada punya. Takpa, saya jadi gerentor, ha apamacam?

A. Mahal sangat la, tak buleh kurang sikit ka?

B. Aisay encik, ini standard price la. Mana mana pi pun serupa harga juga.

A. Itu orang cakap, ada yang murah sikit.

B. Sapa cakap? Mana ada. Ini negara dalam saya satu orang saja buleh dapat ini barang. Dia orang tipu la.

A. Aiya, ini curi saja, bukan dadah ka bunuh ka, kasi kurang sikit la.

B. Haiyo, encik, kalau dadah atau bunuh lagi mahal. Sumpah saya cakap.

A. Apa pasai dadah dengan bunuh lagi mahal?

B. Aiyo, itu lagi serious, lagi banyak orang mau makan. Sini kasi sikit, sana kasi sikit, lama-lama banyak la. Lagi pun

dadah sama bunuh, banyak orang bukak mata, jadi dia punya risiko sikit ada tinggi la.

A. Tak mau postpone tau, dia sudah duduk dalam banyak lama.

B. No problem encik, kita kasi buang terus. Satisfaction Guaranteed. Aisay encik, ini Singam la. Apa Singam cakap dia

tentu deliver punya. Ini kerja kita orang sudah bikin lama la.

A. Ok, ok mana akaun mau simpan ini duit?

B. Ayoyo, jangan masuk akaun encik, cash kasi, semua settle.

A. Ha, Singam, saya mau tanya sikit. Saya punya kawan sudah kena tangkap. Dia gila punya orang, dia sudah

bunuh satu budak pompuan. Ala dalam paper semua ada apa dia punya cerita. Buleh kasi settle ka itu?

B. Itu kes ka? Haiyoooo, itu banyak high profile punya kes la.

A. Tak buleh ka?

B. Saya ada cakap tak buleh ka? Sumua boleh punya, tapi banyak mahal la encik.

A. Ok, nanti saya tanya sama dia. Jadi ini kes kira on okay? You pasti itu Hakim boleh kaotim ha?

B. Small matter la encik. Banyak terima kasih. Ha, encik, kalau ada kawan mau beli itu judgement, cakap sama

sama saya la. Mana court pun takpa. Saya ada orang di semua court. You jangan risau.

Posted in 1. 4 Comments »

Penagih Internet

Lani baru aku paham perasaan Bakaq Penarik Beca bila dia ada problem dengan streamyx dia sebulan dua dulu. baru-baru ni aku kena. Tak, problem aku bukan dengan streamyx tapi dengan modem aku. Entah apa jadi aku pun tak tau. Yang aku tau, aku tak buleh surf.

Banyak hari jugak aku tak buleh surf. Aku hanya dapat peluang masuk sekali-sekala untuk check mail bila ada di sekolah. Takkan nak bawa laptop dan surf dalam kelas kot. Tu dah salah. Bila ada dibilik guru dan bila takdak kerja lain baru dapat masuk sat tengok ada orang komen tak.

Di rumah, anak-anak aku jadi macam penagih, dok meleleh hinguih, seram sejuk tubuh badan pasai tak buleh surf. Depa takpa la buleh pi cybercafe. Aku ni dah tua, rasa tak selesa kalau nak pi cybercafe dengan budak-budak sekolah yang banyak dok kelitin kot situ.

Jadi mau tak mau terpaksa tahan jugak la. Dasyat jugak pukulan cyberworld ni. Bila tak buleh masuk rasa gian semacam. Tadi dah dapat modem aku dan terus aku pasang dan masuk untuk melepaihkan gian.

Rupa-rupanya aku ni penagih jugak. Anda macam mana?

Posted in 1. 7 Comments »

Ini Syaitan, Bukan Binatang.

Tadi aku tengok berita. Tajuk utama pasai adik Nurin yang dikebumikan. Aku langsung hilang perasaan segan dan malu. Aku menangih dan aku tak mau tahan air mata dari membasahi pipi aku. Anak no 2 dan no 3 aku dengan bini aku pun ada di tepi. Aku tengok depa pun menangih sama.

Awatlah buleh jadi macam ni? Apa la salah budak tu? Aku tak sanggup bayangkan apa yang dia lalui semasa dalam tahanan syaitan-syaitan tu. Depa bukan binatang, sebab binatang pun ada compassion terhadap specie sejenih depa.

Ya ALLAH sakitnya hati aku bila aku kenangkan ini semua. Ya ALLAH, kau bagi penjahat-penjahat tu ditangkap. Untuk kebaikan depa, bagi la depa ditangkap oleh Polis. Kalau dapat kat aku, ALLAH ampun kan aku, aku tak akan biaq depa. Aku akan pastikan yang depa menyesai atas perbuatan depa di situ jugak. Aku dah tak peduli dah.

Aku rasa aku bukan keseorangan dalam kes ni. Aku rasa orang-orang biasa pun mungkin akan buat apa yang aku akan buat. Kepada ibu-bapa2 yang ada di luaq sana, tolong la jaga anak-anak tu. Jangan lepaih depa dari pandangan mata. Tolong la.

Posted in Uncategorized. 11 Comments »