Aku dah kata dah kan? Orang kita ni tak belajaq la. Kata la macam mana pun depa tak kisah punya. Tengok tak dalam paper hari ni. Rekha, yang umoq dia lebih kurang macam Adik Nurin ditemui semula. Ya la ini berita gembira tapi sebelum sesuatu ditemui semula benda itu mesti terlebih dahulu hilang.
Yang menjadi persoalan disini macam mana buleh hilang? Bila baca cerita dalam akhbar, dia hilang semasa dia pi Pasar Malam nak beli VCD. Ya la lepaih raya banyak duit raya. Ada jugak duit raya tu dikumpul daripada merayau merata. Jadi nak beli jugak VCD. Sapa pun tak marah kalau nak tonton VCD, semua orang perlu hiburan apa lagi kanak-kanak. Kalau mak bapak sayang anak-anak pastikan yang anak depa dapat tengok VCD tu dengan anak depa. Takut-takut satu hari mak bapak tonton VCD dimana anak depa sendiri jadi pelakon hasil terbitan dajal-dajal yang banuak berkeliaran di luar sana.
Ni nak tanya la. Dah tau kan pasai Adik Nurin yang nasib malangnya bermula bila dia pi Pasar Malam sorang sorang. Awat yang mak bapak Rekha ni buleh biaq anak pompuan depa yang kecil ni buat perkara yang sama. Tak guna kita ada Nurin Alert. Nurin Alert hanya berguna selepas sesuatu berlaku. Yang kita pentingkan disini ialah untuk perkara-perkara ni TAK BERLAKU.
Berapa kali lagi kita nak dengaq tentang berita macam ni lagi?
October 26, 2007 at 8:08 pm
Salam che’gu”
Sebenarqnya org kita ada masaalh samada:
1- taik telinga keras tak pernah korek jadi tak dengaq nasihat
2-antara 2 telinga tu ada rongga kosong yang sesuai boh otak lembu ka otak berok ka
3-dua lubang telinga ada saluran bersambung jadi masuk telinga kiri keluaq telinga kanan
4-semangat berani yang tinggi dan tak serik-serik.
Ada baca pasai budak rekha ni.Depa boh gambaq mak dan pak tiri dia muka chom saja…kesian pun ada marah pun ada juga tengok berita tu.
Baru tadi ada pesakit bagi tau ada menakan dia lelaki umoq 13 tahun hilang( ni kawasan kampung) ahad lalu semasa balik ghumah dari kedai video game jam 5.30 petang.
Kawan2 dia kata depa keluaq kedai sama-sama paih tu pisah ke rumah masing2. Budak ni tak sampai ghumah sampai la ni. La ni segala polis dan org kampong dan segala mekneka bomoh sedang dok cari dia.
Sebenaqnya aku pun buntu dgn sikap org kita .
October 26, 2007 at 11:51 pm
salam chegu,
kat rumah saya pun ada budak-budak lagu ni. mak pak depa lepaih pi mereka. sebenaqnyakan, mak pak depa malaih nak jaga. senang, boleh tidoq. depa tak kreatif bila anak-anak dah boring dok rumah.
October 27, 2007 at 9:14 pm
Doc, Accia,
Aku salahkan Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam kes ni. Orang punya dok puja depa sampai nak jadi berani macam depa. Ntah2 perbualan mak dengan anak tu bunyinya lagu ni kot.
Anak: Mak nak tengok gambaq OTAI.
Mak: Nah duit pi beli VCD di Pasar Malam.
Anak: Tak mau la, takut nanti jadi macam Nurin.
Mak: Apa punya anak, sikit tu pun takut ka. Sapa saja mai hang seru semangat Hang Tuah lepaih tu hang terajang dia.
Anak: Takut la mak, tak berani.
Mak: Mak malu la dapat anak macam ni. Mana nak letak muka mak kat orang lain. Cuba tengok, anak2 depa berani pi mana-mana saja.
Anak: Baik la Mak, chek pi la.
October 28, 2007 at 4:29 am
ajar anak ittew jangan percaya sama ulang asing, meh!
that the only and possibly our final solusi…