Aku tabik kat Hakim Hishammudin Mohd Yunus tu. Kalau dulu, semasa pra campurtangan eksekutif dalam judiciary perkara macam ni kerap berlaku. Aku masih ingat, Karpal menang banyak case Habeas Corpus terutama dalam kes-kes ni. Bila orang tua tu mula masuk campur dalam judiciary dengan penyingkiran Tun Salleh Abas, perkara yang dibuat oleh Hakim Hisham tak kedengaran lagi. Kalau ada pun, sebab hakim yang sama jugak.
Tak tau la samada gomen akan buat rayuan atau tidak. Kalau buat kes akan dibawa ke Mahkamah Rayuan pulak. Hakim Hisham tak akan ada di sana. Keputusannya berkemungkinan besar akan jadi lain pulak. Bak kata omputeh, ‘This is too good to be true’. Walau apa pun, as far as ISA is concerned, ini adalah satu landmark jugdgement.
Yang aku takut ni judgement ini akan di salahgunakan untuk kepentingan orang-orang diataih. Macam mana? Senang saja. Menteri A perlu duit nak belanja atas bini no 4 dia. Projek-projek habih di pelahap oleh menteri-menteri lain. Dia suruh sepupu dia tunjuk perasaan di depan Parlimen. Dia habaq siap-siap kat polis jangan pukoi sepupu dia. Dia suruh orang incharge KDN tangkap sepupu dia bawah ISA. Mangkok tu pulak saman kerajaan. Polis pun mengaku la depa sebat dia. Hakim pun bagi judgement RM25 juta. Senang la macam tu.
Memang la senario ini tak mungkin jadi tapi senario lain mungkin sebab, INI MALAYSIA.
October 21, 2007 at 10:14 pm
Tabik Cikgu,
Betoi ke cerita ni. Macam cerita tukang karut aje. Ish tak percaya lah. Mandai mandai lah cikgu ni. Kawan baik cikgu Tun M dah keluaq IJN. Kita doakan dia selamat………jgn mare.
October 22, 2007 at 8:22 am
Memang la cerita ni karut. Oh dia ka, kalau masih ingat, dia la yang mula merogol sistem kehakiman kita. Memang saya tak suka kat dia tapi tak la sampai nak mintak dia mampoih.
October 22, 2007 at 11:57 am
kalau x silap..hakim Hishamudin tu dulu kat Shah Alam kan..
pasai kes apa ntah yg tak memihak kepada kerajaan..dia ditukarkan ke tempat lain…
aku tabik hakim cam ni…..Ingat TUHAN tuuuu….
p/s masih ingat kat sekolah agama dulu….cikgu larang jadi hakim sebab dia kata bila jadi hakim ni sebelah kaki dah ada kat neraka….betoi ke dak..sama2 pikiaq..
October 22, 2007 at 12:12 pm
Che’gu:
Hakim Hishamuddin ni dok sangkot tang High court dah delat 12 tahun kot. Yang mana di naik ke High court selepas dia semua dah naik pangkat ke Federal court.
Hakim Hishamuddin banyak terlibat kes yg tak memihak kepada kerajaan, seperti kes DSAI-Khalid Jefrie (kes buku Dalil), kes penahanan ISA (2 org keadilan kalu tak silap Gobalakrishnan kot).
Lepas tu di di tukar ke bahagian Civil pula di High court.
Org macam dia yg cuba menegakkan keadilan mengikut undang2 yg ada cuba di petibekukan.
21 tabik spring untuk hakim Hishamuddin.
October 22, 2007 at 10:44 pm
Raplah,
Ni yang saya dengaq orang cerita la. Dulu-dulu ramai orang alim yang tolak bila disuruh memimpin. Depa takut ter tak adil, atau tersalah buat perhitungan. Depa takut kuasa yang ada pada pemimpin boleh memesongkan depa.
Lani, kalau tak bagi depa nak melobi pulak.
Memang Hakim Hisham ni susah nak dapat orang seperti dia.
October 22, 2007 at 10:50 pm
Doc,
Saya pernah bergaduh dengan pengetua lama saya tentang tingkah laku seorang pemimpin yang kepimpinannya jelas tak adil. Dia cuba nak halalkan actions pemimpin tu tapi bila saya tanya adakah actions pemimpin tu adil, dia jawab tak adil tapi dia tetap kata takpa. Susah la macam tu. Tu la BN dok menang saja sebab orang Melayu termasuk mamak sekali la tak mau pikiaq panjang bila depa tengok pemimpin jelas tak adil. Depa kata takpa, sikit saja. Yang sebenarnya depa kata takpa sebab tak kena batang hidung depa. Awat mau kena batang hidung sendiri baru nak sedaq ka? Apa jenih punya pemikiran ni? Yang salah tetap salah tak kira kena orang kanan atau orang kiri.