Gua Tabik Lu

Aku tabik kat Hakim Hishammudin Mohd Yunus tu. Kalau dulu, semasa pra campurtangan eksekutif dalam judiciary perkara macam ni kerap berlaku. Aku masih ingat, Karpal menang banyak case Habeas Corpus terutama dalam kes-kes ni. Bila orang tua tu mula masuk campur dalam judiciary dengan penyingkiran Tun Salleh Abas, perkara yang dibuat oleh Hakim Hisham tak kedengaran lagi. Kalau ada pun, sebab hakim yang sama jugak.

Tak tau la samada gomen akan buat rayuan atau tidak. Kalau buat kes akan dibawa ke Mahkamah Rayuan pulak. Hakim Hisham tak akan ada di sana. Keputusannya berkemungkinan besar akan jadi lain pulak. Bak kata omputeh, ‘This is too good to be true’. Walau apa pun, as far as ISA is concerned, ini adalah satu landmark jugdgement.

Yang aku takut ni judgement ini akan di salahgunakan untuk kepentingan orang-orang diataih. Macam mana? Senang saja. Menteri A perlu duit nak belanja atas bini no 4 dia. Projek-projek habih di pelahap oleh menteri-menteri lain. Dia suruh sepupu dia tunjuk perasaan di depan Parlimen. Dia habaq siap-siap kat polis jangan pukoi sepupu dia. Dia suruh orang incharge KDN tangkap sepupu dia bawah ISA. Mangkok tu pulak saman kerajaan. Polis pun mengaku la depa sebat dia. Hakim pun bagi judgement RM25 juta. Senang la macam tu.

Memang la senario ini tak mungkin jadi tapi senario lain mungkin sebab, INI MALAYSIA.

Posted in 1. 6 Comments »