Ini Syaitan, Bukan Binatang.

Tadi aku tengok berita. Tajuk utama pasai adik Nurin yang dikebumikan. Aku langsung hilang perasaan segan dan malu. Aku menangih dan aku tak mau tahan air mata dari membasahi pipi aku. Anak no 2 dan no 3 aku dengan bini aku pun ada di tepi. Aku tengok depa pun menangih sama.

Awatlah buleh jadi macam ni? Apa la salah budak tu? Aku tak sanggup bayangkan apa yang dia lalui semasa dalam tahanan syaitan-syaitan tu. Depa bukan binatang, sebab binatang pun ada compassion terhadap specie sejenih depa.

Ya ALLAH sakitnya hati aku bila aku kenangkan ini semua. Ya ALLAH, kau bagi penjahat-penjahat tu ditangkap. Untuk kebaikan depa, bagi la depa ditangkap oleh Polis. Kalau dapat kat aku, ALLAH ampun kan aku, aku tak akan biaq depa. Aku akan pastikan yang depa menyesai atas perbuatan depa di situ jugak. Aku dah tak peduli dah.

Aku rasa aku bukan keseorangan dalam kes ni. Aku rasa orang-orang biasa pun mungkin akan buat apa yang aku akan buat. Kepada ibu-bapa2 yang ada di luaq sana, tolong la jaga anak-anak tu. Jangan lepaih depa dari pandangan mata. Tolong la.

Posted in Uncategorized. 11 Comments »

11 Responses to “Ini Syaitan, Bukan Binatang.”

  1. acciaccatura Says:

    salam chegu,
    i have to admit, the whole day today saya asik terbayang muka nurin. i just cannot imagine what she’d went through.
    every minute she spent with that idiot must have scared her terribly. and how she’d cried and cried.
    Allah Taala tu mungkin tak nak ibubapanya terasa sangat sampai mereka sendiri tak cam anak mereka.

  2. raplahjingga Says:

    benda2 yg kita x inginkan ni berlaku tapi

    1) disebabkan kita undi be end
    2) disebabkan kita undi be end
    3) disebabkan kita undi be end

    benda macam nie makin banyak berlaku…

    kalau ditanya pada saya…hukuman mcmana perlu di kenakan
    rotan? denda/ penjara? …x mau….
    saya nak manusia yg bertopeng kan setan tu dihukum dgn hukum Allah..bukan hukuman Islam hadhari…

    satu lagi org melayu ni…jgn hangat2 taik ayam laaaa..
    lepas 2-3 bulan senyappp jer..

  3. tokasid Says:

    Salam che’gu:

    I’m with you.Tey are not animals. They are the devils.

  4. morovlizki a.k.a rovlizaru Says:

    memang pembunuh tu kategori syaitan.kejam nye la

  5. jamal Says:

    aku dah tak tau nak kata apa lagi.
    aku tengok videoyang hang letak kat bloh ari tu,
    ghimau bintang pon tak makan akan kera,
    padahal dia bulih makan, tapi tak buat nyanya kat
    anak kera tu pon.

  6. jamal Says:

    Pengguna, Petronas perlu kompromi

    PROF. MADYA AHMAD MOHD. YUSOF.
    ——————————————————————————–

    MUKADIMAH
    SATU kenyataan yang harus kita semua telan walaupun pahit ialah subsidi yang dinikmati sekarang suatu hari nanti akan hilang akhirnya.

    Bahawa setiap kita, miskin atau kaya, selama ini menikmati manfaat subsidi hasil sumber-sumber asli seperti minyak dan gas tidak dapat dinafikan.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengulas kesan kenaikan harga komoditi itu di pasaran global Selasa lalu, membayangkan kerajaan akan membuat satu keputusan baru berkaitan dengan harga gas.

    Namun janji beliau, apa juga keputusan, kepentingan pengguna akan terus dipelihara.

    Sebelum itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menegaskan, subsidi bahan api yang diberikan sekarang tidak dapat dikekalkan.

    Petronas berhasrat menaikkan harga gas, memandangkan ia hanya mengenakan kadar RM6.40 bagi setiap mmBtu (juta unit Termal British) kepada industri tempatan sejak 1997, walaupun gas yang diberi subsidi berharga kira-kira RM40 bagi setiap mmBtu. Sepanjang tahun ini, gas yang disubsidi oleh Petronas ialah RM15 bilion. Sejak 1997, syarikat itu telah mensubsidi gas berjumlah RM50 bilion.

    Bagi Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Ahmad Mohd. Yusof, langkah Petronas mahu mengurangkan subsidi dilihat sebagai mempunyai alasan yang konkrit. Selain dipengaruhi harga pasaran dunia, pengurangan subsidi juga akan memberi kesan langsung kepada tingkah laku pengguna.

    ‘‘Kalau tidak, pengguna akan menggunakan sumber ini mengikut sesuka hati mereka bukan atas sebab keperluan sebenar. Banyak pembaziran akan berlaku nanti,’’ katanya kepada wartawan SITI MARIAM MD. ZAIN, MOHD. ARIF NIZAM ABDULLAH dan jurugambar HAYAT SUEET ketika ditemui di pejabatnya kelmarin.

    Dalam pertemuan kira-kira 45 minit itu, Ahmad juga menyentuh tentang sejarah harga gas di negara ini, kesan yang bakal diterima oleh rakyat dan negara jika harganya dinaikkan serta perlunya kaedah baru bagi memastikan subsidi ini sampai kepada golongan sasaran seperti diharapkan.

    MINGGUAN: Apa persepsi Prof. apabila membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa harga gas akan diteliti.

    AHMAD: Ketika ini, harga gas rendah berbanding produk-produk sumber asli lain. Mengikut Petronas, mereka memberi subsidi RM50 bilion sejak 1997 hanya untuk gas. Ini satu angka yang besar. Harga gas tidak pernah naik sejak tahun itu. Sedangkan petrol dan diesel meningkat sehingga 90 peratus. Sebenarnya gas berbeza dengan petroleum. Petroleum boleh diangkut menggunakan kontena dan sebagainya. Gas juga boleh diangkut dengan kapal dalam bentuk gas asli cair (setelah melalui proses tertentu) jika mahu dihantar ke Jepun, Korea atau lain-lain negara. Tetapi bagi kegunaan dalam negara, ia memerlukan saluran paip. Untuk membina saluran paip ini membabitkan kos. Dan kira-kira 68 peratus gas ini akan ke stesen janakuasa selain industri simen (24 peratus), selebihnya kegunaan runcit sebagai bahan input kimia membuat baja misalnya. Walaupun permintaan meningkat, harganya tetap pada kadar RM6.40 setiap mmBtu (juta unit Termal British). Ini perkara yang patut diberi perhatian.

    Apakah yang menyebabkan harga gas ini kekal sejak 1997 sedangkan yang lain-lain meningkat?

    AHMAD: Jika tidak silap gas mempunyai harga terunding. Mungkin sebelum 1997, kita tidak menggunakan gas. Petronas tidak mencari gali gas jika tiada pembeli. Jadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi pembelinya. Ini konsep ‘situasi menang-menang’. Ketika itu harganya ialah RM6.40 setiap mmBtu. Mereka mungkin terikat dengan harga tersebut walaupun harga di pasaran sekarang berbeza. Apabila berlaku bekalan elektrik terputus di seluruh Semenanjung Malaysia pada tahun 1996, kerajaan menyerahkan kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk membina stesen janakuasa. Mereka menggunakan gas kerana ia murah dan bersih. Apabila itu berlaku, permintaan gas makin meningkat. Sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, permintaannya dalam sektor-sektor tertentu bertambah kira- kira 30 peratus. Tetapi harganya masih di takuk lama. Ini yang memungkinkan Petronas memikirkan telah sampai masa mereka patut menaikkan harga.

    Mengapa harga gas dijangka akan naik?

    AHMAD: Kerana harga pasaran gas dunia naik.

    Apa antara punca yang mempengaruhinya?

    AHMAD: Harga tenaga produk ini bersaing satu sama lain. Apabila harga minyak naik, harga produk lain akan naik. Harga gas juga naik. Apabila harga minyak turun, semua akan ikut turun. Jadi minyak merupakan penanda arasnya. Sebab mereka mengkaji dari segi berapa banyak harus dibayar berdasarkan per kalori tenaga yang dipakai. Kedua, dari segi kesukaran mendapatkan minyak. Rizab minyak semakin lama semakin berkurangan. Maka untuk mendapatkan penjimatan, bila harga minyak meningkat, orang akan mengurangkan penggunaannya. Gas pula melibatkan tenaga. Ia dicairkan dan dihantar ke Jepun, Taiwan dan Korea. Sekarang kita telah masuk ke pasaran China. Permintaan bertambah. Kalau rizab banyak, harga gas tidak tinggi tetapi kalau sedikit, perlu ditetapkan harga. Semua itu akan ditentukan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC). Sekarang ia naik kerana permintaan yang tinggi dari India dan China. China telah beralih daripada arang batu ke petroleum. Untuk menambah satu unit pengeluaran minyak memerlukan pelaburan yang banyak bagi membina infrastruktur. Jika mengikut teori ekonomi, hidrokarbon merupakan sumber yang boleh habis dan susah dibangunkan. Itu faktornya. Banyak orang menggunakannya.

    Adakah wujud kaitan langsung antara gas dan petroleum, sejauh mana kenaikan harga petroleum mendorong kenaikan harga gas?

    AHMAD: Sebenarnya tiada kaitan antara kedua- dua sumber tenaga ini. Harga gas biasanya kira-kira setengah daripada harga petroleum. Ini penanda arasnya. Maknanya kalau seliter petrol berharga RM1.92, gas asli untuk kenderaan (NGV) pula lebih kurang RM1. Harga tiada kaitan kerana petroleum lain, gas lain. Dalam pengekstrakan minyak, gas juga keluar. Ia dipanggil gas bersekutu. Tetapi biasanya kita akan memasukkan semula gas ini ke dalam telaga. Hanya minyak yang diambil. Yang kita sentuh sekarang ialah gas yang tidak bercampur dengan minyak. Oleh itu, kenaikan harga minyak memang tiada kena-mengena dengan gas dan sebaliknya.

    Mengapa langkah Petronas mahu menaikkan harga gas ini dilihat sebagai tindakan wajar?

    AHMAD: Kalau tidak, pengguna akan menggunakan sumber ini mengikut sesuka hati mereka, bukan atas sebab keperluan sebenar. Banyak pembaziran akan berlaku.

    Jika harganya naik, apakah kesan yang dijangka akan berlaku?

    AHMAD: Kita kena lihat siapa penggunanya. Penggunanya ialah TNB. Dalam perjanjian dengan IPP, kenaikan harga input kepada generator akan dilepaskan kepada TNB. TNB pula akan melepaskannya kepada kita sebagai pengguna akhir. Di pihak industri, kos operasi mereka akan meningkat. Apabila kos meningkat, kita juga (pengguna akhir) yang akan membayarnya. Kesan serta-merta yang akan berlaku kalau harga gas naik ialah tarif elektrik juga akan turut naik.

    Kategori pengguna yang mana akan menerima kesan paling besar?

    AHMAD: Kalau kita lihat kepada gas, ia terbahagi kepada pengguna kuasa elektrik. Ini banyak digunakan oleh pihak industri dan komersial. Mereka inilah kumpulan pengguna terbesar. Berbanding domestik (kediaman) yang meliputi lebih kurang 10 peratus sahaja. Tetapi rata-rata kesannya akan diterima oleh semua pihak.

    Jika pihak industri dan komersial yang merupakan kumpulan pengguna terbesar, semestinya akibat kerugian mereka, pengguna terakhir iaitu rakyat akan menanggung kesannya?

    AHMAD: Ya akhirnya kepada kita. Dalam hal ini industri pemakanan mungkin tidak terlalu memberi kesan. Yang lebih jelas ialah bidang pembinaan kerana penggunaan simen. Industri penghasilan simen memang memerlukan banyak penggunaan tenaga elektrik. Jika tarif elektrik naik, peningkatan kos tidak dapat dielakkan.

    Sesetengah pihak melihat subsidi ini adalah tanggungjawab kerajaan dan perlu dikekalkan?

    AHMAD: Kerajaan melihat kesan terhadap masyarakat, Petronas pula melihat kesan kepada keuntungannya. Jadi untuk mencari jalan tengah, mungkin memerlukan kompromi dalam hal ini. Kita kena meneliti dengan serius kerana kalau kerajaan mengekalkan subsidi, rakyat akan terus membazir. Jika kita lihat, per kapita penggunaan minyak di negara ini sebenarnya meningkat dari setahun ke setahun. Kerana apa? Kerana harganya murah. Bila harga murah, kita tidak ada insentif untuk berjimat cermat. Bagi industri, mereka tiada insentif mendapatkan teknologi yang lebih cekap tenaga.

    Jika permintaan terhadap gas terus meningkat adakah ini memberi kesan baik kepada negara?

    AHMAD: Keadaan ini membimbangkan juga kerana gas ialah bahan yang ‘pakai habis’. Dulu kita bergantung kepada minyak, sekarang pula gas. Tetapi kedua-duanya masih lagi merupakan bahan hidrokarbon yang boleh habis.

    Kerajaan memberi subsidi kerana tanggungjawab mereka menjaga kepentingan rakyat. Apakah kepentingan subsidi ini kepada negara?

    AHMAD: Tujuan utama ialah untuk meningkatkan daya saing negara dengan negara lain. Cara ini sebagai daya penarik untuk menarik lebih ramai pelabur melakukan pelaburan mereka di sini.

    Maknanya subsidi patut diteruskan?

    AHMAD: Ya, tetapi kuantumnya (jumlah) perlu difikirkan semula. Kalau setahun kerajaan terpaksa memberikan subsidi petroleum sebanyak RM27 bilion. Peruntukan RM27 bilion itu macam-macam kita boleh buat. Sekolah, jalan raya dan pelbagai infrastruktur lagi. Takkan kita hendak bakar duit (beli minyak) begitu sahaja.

    Seperti disebutkan tadi, subsidi adalah untuk golongan miskin. Isunya sekarang golongan kaya juga mendapat bahagian yang sama. Adakah sesuatu perlu dilakukan untuk bersikap lebih adil?

    AHMAD: Saya pernah berbincang dengan kawan- kawan tentang perkara ini. Kita mungkin boleh menggunakan kaedah seperti berapa liter minyak yang patut digunakan dalam tempoh sebulan. Katakanlah kerajaan beri subsidi 200 liter pada harga subsidi sekarang, mereka yang menggunakan lebih daripada 200 liter, katalah lebih 100 liter, subsidi mereka akan dikurangkan. Maknanya harga RM1.92 sen menjadi RM2.10 dan jika penggunaannya terus bertambah, subsidi yang diberikan berkurangan lagi. Kesimpulannya, 200 liter awal, semua golongan rakyat dapat, tidak kiralah mereka kaya atau miskin. Tetapi kalau hendak menggunakan lebih minyak, mereka harus bersedia untuk membayar lebih. Kaedahnya mungkin salah satu, kita boleh menggunakan kad khas yang mengandungi nilai-nilai tertentu.

    Maknanya perlu ada kaedah yang sistematik untuk memastikan matlamatnya sampai ke sasaran?

    AHMAD: Ya.

    Apa rasionalnya memberikan subsidi kepada orang kaya?

    AHMAD: Alasan yang sering diberikan ialah mereka juga pembayar cukai, mereka mempunyai hak. Tetapi saya tidak melihat ini sebagai masalah. Katakanlah di kampung, datuk kita menggunakan Honda Cup. Berapa banyak motosikal kapcai memerlukan petrol sebulan? Orang kaya yang ada Mercedes, 200 liter awal, mereka mendapat subsidi seperti orang lain juga tetapi jika menggunakan lebih, mereka kena bayar lebih.

    Pendapat peribadi tentang isu subsidi ini?

    AHMAD: Bagi saya, pengurangan subsidi ini penting asalkan ia tidak sampai ke tahap yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat.

    Jika subsidi dikurangkan, apakah kesannya kepada negara?

    AHMAD: Kesan segera yang kita akan hadapi ialah kos akan meningkat, inflasi juga meningkat. Bila ini berlaku, ia akan mencetuskan banyak kesan sosial lain. Tetapi kita tidak boleh menghalang ini daripada berlaku kerana ia dipengaruhi oleh pasaran harga global. Kuantumnya itu bergantung. Tetapi bila tanpa kawalan, akan menyebabkan negara tidak stabil. Walaupun pengurangan subsidi ini kemungkinan besar mendapat tentangan, tetapi orang yang bijak akan mengubah cara hidup mereka untuk menyesuaikan dengan keadaan yang berlaku. Jika sebelum ini bercuti sebulan sekali, mungkin selepas ini setahun sekali, mengikut kemampuan. Banyak aktiviti sosial juga akan terjejas.

    Subsidi gas yang diberikan oleh kerajaan iaitu RM15 bilion adalah satu jumlah yang besar, banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan. Tetapi rakyat mungkin tidak nampak kebaikan ini?

    AHMAD: Ya, tetapi rakyat akan cakap duit Petronas banyak. Duit Petronas, duit Petronas. Duit kerajaan, duit kerajaan. Sumbangan Petronas atau hasil kepada kerajaan daripada petroleum ialah 40 peratus. Kita nak bakar duit itu dengan mengisi minyak atau kita nak mengadakan projek-projek pembangunan? Itu moral isunya.

    Ada pihak mengatakan kita kaya dengan sumber asli. Pergilah teroka lagi mana-mana tempat yang berpotensi. Mungkinkah itu cara yang terbaik?

    AHMAD: Rizab kita banyak. Semasa saya membuat kajian tentang minyak pada tahun 1980-an, dijangkakan pertengahan 1990-an, kita akan kehabisan minyak. Tetapi sampai sekarang masih ada lagi. Kita belum meneroka minyak dengan sepenuhnya mungkin kerana kos tinggi. Sekarang kita ada lima bilion tong. Asalnya ialah kita berpotensi mengeluarkan 10 bilion tong. Dengan harga sekarang, kita boleh sedut lima bilion tong. Jika dibantu teknologi canggih pada masa depan, mungkin boleh bertambah dua bilion lagi. Dengan lima bilion ini kita mungkin boleh bertahan sehingga 10 tahun lagi. Rizab gas kita pula 40 tahun lagi dengan jumlah 85.2 trilion kaki padu.

    Adakah tindakan bijak jika kita menerokanya?

    AHMAD: Kita kena menyimpan untuk generasi masa depan. Sekarang kita tidak kekurangan wang untuk melakukan pembangunan. Dari segi kewangan mempunyai wang yang mencukupi. Jadi kita tidak perlu mengeluarkan terlalu banyak hasil ini.

    Tetapi ada pihak mengatakan tindakan ini perlu untuk kerajaan mengekalkan subsidi sedia ada?

    AHMAD: Kerajaan mampu memberi subsidi tetapi wajarkah subsidi ini terus diberikan? Itu sahaja persoalannya. Kerajaan ada duit. Nak naikkan gaji kakitangan awam lapan bilion, senang sahaja. Tetapi adakah kita hendak membakar wang sebanyak itu? Sekarang semua orang menggunakan kereta, ada pendingin udara dan sebagainya. Tiada sikap menjimatkan tenaga. Penggunaan per kapita petroleum meningkat. Bagaimanapun per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini nampak menurun sedikit, menunjukkan ada usaha untuk menjimatkan tenaga, maknanya berlaku peningkatan dalam kecekapan teknologi.

    Apakah langkah yang perlu diambil sekarang?

    AHMAD: Adakan satu strategi di mana rakyat berasa bertanggungjawab untuk menjimatkan tenaga dan dalam masa sama, kerajaan masih memberikan subsidi dalam kuantum tertentu.

    Disebutkan tadi, 40 peratus hasil kerajaan disumbangkan oleh Petronas. Tetapi ada gesaan supaya syarikat minyak itu terus membantu rakyat. Pandangan Prof. dalam hal ini?

    AHMAD: Cukuplah itu. Petronas sudah banyak membantu rakyat. Tetapi sebagai rakyat kita juga kena bijak menangani masalah kenaikan harga.

    Rakyat perlu bersedia untuk membayar lebih?

    AHMAD: Saya fikir begitu.

    Bagaimana peranan kerajaan untuk melindungi hak rakyat yang berpendapatan rendah?

    AHMAD: Kerajaan sudah cukup menyediakan infrastruktur untuk menjaga kebajikan mereka. Bagi yang berpendapatan tinggi, saya berharap mereka dapat berjimat. Kalau boleh gunakan ‘laluan lembut’. Kalau panas buka tingkap, bagi angin masuk. Kalau sejuk pakai selimut. Tidak perlukan penghawa dingin. Kerajaan boleh hadkan penggunaan elektrik. Tetapi itu cara yang keras.

    Keputusan Kabinet tentang harga gas akan diumumkan Isnin ini (esok). Apa yang diharapkan?

    AHMAD: Kerajaan patut meneliti harga gas supaya jangan terlampau banyak subsidi. Tetapi pada masa yang sama, kerajaan perlu cuba mengawal tarif elektrik. Kalau tidak naik langsung pun, saya bimbang kerana peningkatan tinggi dalam penggunaan tenaga. Ini menunjukkan kita tidak berusaha untuk menjimatkan sumber tenaga.
    Apa pulak komen hang tentang hal ini?????????

  7. kimasapi Says:

    salam Che Gu,
    Kita yang bergelak ibu bapak pasti akan meleleh ayak mata bila tenggok berita/gambar budak Nurin tu. Aku pon ada anak ponpuan yang kecik dan cuba bayangkan yang kita tenggok tu anak kita. Hancok lebok habih.
    Dah pulak lani si menteri mangkok Nazri nak dakwa mak pak dia pulak kerana cuai. Manggok betoi lah si Nazri.
    Dah polis tak dapat tangkap menatang tu lani dia nak cuba tukak focus kat lain pulak. Suruh polis concentrate 100% dia piunya resources cari menatang tu. Ini orang pi dengak ceramah depa pi kacau lepaih tu tembak pulak. Karuk betoil lah.

  8. radengaloh Says:

    Salam Che’gu… I’m with you too..Like TA said they are devils but I want to add…they are the evil devils!

  9. raplahjingga Says:

    renungan….

    Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia….. . Assalam Mu’alaikum !

    Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

    Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
    Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan!
    Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
    Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
    Dengan kain kafan yang serba putih!
    Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih….
    Walaupun orang yang hadir itu merintih….

    Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai….
    Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
    Dengan empat kali takbir dan satu salam
    Berserta Fatihah, Selawat dan doa….
    Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

    Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus….
    Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
    Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud….
    Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

    Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian….
    Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat….
    Usunglah dirimu ke tikar Solat….
    Sebelum kamu diusung ke liang lahad….
    Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

    Iringilah dirimu ke masjid….
    Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
    Tangisilah dosa-dosamu di dunia….
    Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa’!

    Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
    Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
    Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan!
    Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
    Kerana ianya berguna untuk yang tinggal….
    Bukan yang pergi!

    Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
    Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

    Ingatlah di mana saja kamu berada….
    Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
    Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
    Serta menikmati rezeki Tuhan!
    Justeru bila Dia menyeru,….
    Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia….
    memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
    Ingatlah kamu dahulu hanya….
    setitis air mani yang tidak bererti!

    Lalu menjadi segumpal darah!
    Lalu menjadi seketul daging!
    Lalu daging itu membaluti tulang!
    Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti….

    Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu….
    Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
    Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu….
    Yang lebih agung dari malaikat!

    Lahirmu bukan untuk dunia….
    Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

    Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’….
    Dengan penuh rela dan bersedia!
    Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’….
    Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

    Ingatlah yang kekal ialah amal….
    Menjadi bekal sepanjang jalan!
    Menjadi teman di perjalanan.. ..
    Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

    Pada hari itu tiada berguna….
    Harta, tahta dan putera….
    Isteri, kad kredit dan kereta….
    Kondominium, saham dan niaga….
    Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

    ” Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan”

    TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
    Assalam Mu’alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

    Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
    akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
    semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
    atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
    .

    Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
    mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
    lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
    teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
    Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di
    hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
    berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
    Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
    dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
    lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
    Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
    terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
    dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
    mati.

    TANDA 40 HARI
    Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
    akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
    akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
    Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
    persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
    kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
    memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
    yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
    Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
    mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
    dicabutnya.

    TANDA 7 HARI
    Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
    musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
    tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

    TANDA 3 HARI
    Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
    iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
    berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
    banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
    memandikan kita nanti.

    Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
    orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
    dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
    dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
    Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
    sukar ditegakkan.

    TANDA 1 HARI
    Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
    denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
    menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
    harinya.

    TANDA AKHIR
    Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
    di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
    akan naik ke bahagian halkum.
    Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
    diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
    kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
    akan mematikan pula.

    Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
    forward this buletin…may ALLAH SWT bless you.
    Saling berpesan2lah sesama kita…….. .

  10. yuri Says:

    ap kna mngena kerajaan ngn jnayah…..
    jnayah ni universal….
    kat mne2 kerajaan pn jd gak…
    mangkok btol la kalu pk bnd ni jd d sbb kn kerajaan….
    ini sume masalh indvidu yg bermslah…
    salah dri sndri…
    salah msyrakt….
    harap2 pnjhat tu dpt d hukum…..
    kalu x d dnia pn….
    past d akhirat sana…..
    aminnn…..


Leave a Reply