Keba Boom! Adoiiii!

Dah mola dah. Orang Melayu yang terer-terer dah mola dah dengan eksperimen depa. Sapa kata orang Melayu ni bodoh? Kalau bodoh tak keluaq la di tv Mat Gaiver2 Melayu yang di surung masuk hospital dengan luka di tangan, luka di mata dan yang tadi aku tengok di tv, luka di Awang dia.

Tiap-tiap tahun bila mai musim posa saja mola la ada berita Mat Gaiver2 Melayu masuk makmal nak mencipta bom. Gamaknya depa dok marah kat Amerika so depa nak cipta depa punya sendiri punya MOAB (Mother Of All Bombs). Memang terer pun depa. Saintis saintis barat guna peralatan-perlatan yang canggih manggih tapi Mat Gaiver kita guna aerial tv, kelongsong besi dan jugak botoi. Fuh, terer la depa. Tentu saintis saintis luaq tabik punya.

Dalam kekusyukan depa mencipta bomb-bomb tu depa terlupa yang member-member depa dah pernah guna cara yang sama tahun-tahun dulu. Ramai diantara depa yang lani kudung, buta, pekak, bisu dan ada jugak yang biol. Depa tak tau dah cara lain nak buat bomb tu so depa buat cara lama jugak la dan hasilnya jugak macam dulu jugak la.

Yang aku herannya ialah masa Tahun Baru Cina, iaitu perayaan yang banyak consume mercun, tak dengaq pun orang orang Cina kudung tangan dan buta mata main mercun buatan sendiri. Pasai apa? Pasai depa main dalam bentuk yang depa beli. Cukup la, depa dah puas hati. Masa Deepavali pun tak dengaq cerita-cerita gila ni, tapi bila mai masa Raya Posa, gerenti ada cerita-cerita ni. Mungkin bunyi mercun tu tak cukup kaw kot. Depa mau yang betoi-betoi kaw.

Yang mak bapak depa ni semua buat apa? Awat yang bodoh sangat? Awat tak sayang anak ka? Awat yang pi biaq anak-anak depa buat kerja gila ni semua.

Heran la dengan orang-orang Melayu ni. Tiap-tiap tahun jadi cerita ni tapi depa dok buat jugak. Bila cakap pasai Rempit al Khinzir, orang Melayu yang dapat nama, bila cakap pasai pakar buat bonb kelas 3, orang Melayu dapat nama, bila cakap tentang pilih kerajaan membabi buta pun orang Melayu dapat nama. Bila la nak belajaq dari kesilapan ni? Bila?

Posted in Uncategorized. 8 Comments »