Ni la salahnya bila kita terlalu ghempa. Awat, ghempa apa? Aku la. Hari tu aku terbaca ada orang mati di PLKN, aku pi marah kat gomen pasai banyak sangat yang mati semasa dalam latihan PLKN. Rupa-rupanya bukan banyak yang mati. Kalau tak percaya hangpa baca apa TPM kata. Dia kata 14 saja yang mati, bukan banyak, 14 saja.
Kira mati belaih-belaih orang tu tak banyak la no? Aku tak tau, aku ingat kalau mati sorang pun kira dah salah rupa-rupanya takpa. Mati 2 pun takpa, mati 3 pun takpa. Macam mana aku ni buleh buat silap sampai macam tu. 14 aku pi kata banyak. Betoi jugak la no. Cuba kata hang dapat 14 markah dalam periksa, sikit la tu. Cuba kata hang dapat gaji 14 ringgit sebulan, sikit la tu. Cuba kata hang kena penendang di pungkok hang 14 kali? Aiee! tu banyak tu.
Oh rupanya 14 tu kadang-kadang dia banyak, kadang-kadang dia sikit. Kalau pungkok kena tendang 14 kali kira banyak la pasai sendiri yang sakit. Kalau orang mati 14 orang, tak banyak la pasai orang lain yang mati, bukan hang yang mati. Ooo, depa kira macam tu rupanya.
Kalau macam tu bukan ka, yang jatuh NURI 6 orang saja mati, kira tak banyak la no? Lani baru aku tau. Patut la depa dok pakai NURI tu lagi, pasai yang mati sikit saja jadi dalam matematik zaman moden formula dia ialah sikit = takpa Jadi yang 22 orang mati dalam eksiden bas tu pun kira sikit jugak la no? Kira takpa jugak la no?
Makna kata aku kena mintak mahap kat gomen la macam tu? Takpa kot no kalau aku tak mintak mahap. Pasai apa hang kata? Ha la, gomen pun selalu buat silap tapi tak pernah mintak mahap pun?
September 8, 2007 at 6:18 pm
salam cikgu
14 apa ada? sikit ja.yg depa nampak agak banyak ialah – komisyen kapal selam ratus juta, tu di kelang 4 lebih billion, saham KJ 9 juta lebih, SCOMI untung beratus juta dll. semua angka besaq. tapi sebaliknya jika rakyat, angka 12, 13, 14 – takdak apa la. cuba anak samy vellu sorang dikaitkan dgn kes bunuh, macam-macam kalut ada. cuba menantu rafidah sorang balas saham, macam-macam ada. anak liong sik jadi jutawan pd usia 28 thn, mcm2 ada. anak paklah sorang, menantu pak lah, anak tun m, – semua tak ramai. sorang ja. tapi macam-macam cara ada dibuatnya utk menutup kes. rakyat terutama orang melayu di melaka takdak nilai sangat. baik babi di Melaka Bandaraya Babi ada harga yang tinggi.
September 8, 2007 at 6:27 pm
Afrar,
Exactly my sentiment. Kalau lah pada satu masa, tokey2 babi mintak pertolongan babi depa dalam bahaya dan pada sama camp PLKN banjir, ntah2 depa pi tolong babi tu dulu kot. Depa dah jadi terlalu tamak, dah jadi macam Yahudi tamak harta. Dah memang nasib Melayu, dikenakan oleh bangsa sendiri.
September 9, 2007 at 7:56 pm
Salam chegu:
Tapi kalu ada sorang anak mentri atau EXCO mati di PLKN BARU kira BANYAK.
September 9, 2007 at 9:24 pm
Doc,
Kalau sorang anak menteri yang kena akan diisytiharkan bencana negara dan semua rakyat kena derma kat menteri tu.
September 10, 2007 at 9:49 am
“x pa” tu kan permainan hidup depa…
kena penampaq sekali baru hilang kot x pa tu?
September 10, 2007 at 10:58 am
che’gu
kena highlight gak kisah di bawah nie…
apa kerajaan nak buat dengan depa2 yg salah urus dana awam..
ni semua duit kiter rakyat malaysia…bukan duit mak bapak depa…
menyirappp darah baca….
10/09: Salahurus dana awam oleh agensi kerajaan
Category: General
Posted by: Raja Petra
Utusan Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kementerian yang berkaitan menjawab semua soalan berkaitan salahurus dana awam seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006.
Timbalan Perdana Menteri berkata, penjelasan itu perlu bagi membolehkan orang ramai mengetahui sebab-sebab perkara itu berlaku terutama berhubung pembelian sesuatu barangan.
“Mereka boleh menjawab dan bagi saya kementerian-kementerian berkaitan perlu memberi jawapan terhadap persoalan yang ditimbulkan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Golf Jemputan Business Times 2007 di sini hari ini.
Najib mengulas laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti kementerian dan jabatan Kerajaan Persekutuan 2006 yang mendedahkan mengenai pembelian barangan dan peralatan yang harganya berlipat kali ganda daripada harga pasaran.
Laporan itu antara lain memberikan contoh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang membeli peralatan pada kadar harga yang terlalu tinggi.
Ia termasuk pembelian pemutar skru, pada RM224.94 satu set oleh IKBN berbanding harga pasaran hanya RM40.
Turut dipertikaikan ialah pembelian kamera digital pada harga RM8,254.29 seunit berbanding harga sebenar RM2,990.
Selain itu harga untuk jek satu tan dibeli pada harga RM5,741.69 seunit berbanding harga sebenarnya hanya RM50.
Masalah lain yang dinyatakan oleh laporan itu termasuk pertubuhan bukan kerajaan yang tidak layak menerima dana daripada kerajaan dan wang itu dibazirkan dengan membeli helikopter yang tidak dapat digunakan.
Selain itu, laporan tersebut turut menyentuh mengenai jumlah wang yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Persekutuan tetapi masih belum diterima seperti hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.
Ia termasuk daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malysia dan Polis Diraja Malaysia.
Mengenai laporan yang menyebut Ketua Setiausaha (KSU) KBS telah menandatangani 11 kontrak projek IKBN yang setiap satu bernilai antara RM7.99 juta dan RM74.2 juta, Najib berkata, KSU tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.
“Ia hanya boleh dilakukan jika dibuat secara tender bernilai kurang RM5 juta.
“KSU tidak mempunyai kuasa untuk memberikan kontrak secara terus kerana ia hanya boleh dibuat melalui tender ataupun keputusan Kementerian Kewangan,” jelasnya.
September 10, 2007 at 11:17 am
salam chegu,
suami saya tak suka baca blog. tapi post baru chegu ni saya baca kuat-kuat kat dia bagi dia dengaq, dan bagi bunyi penang habeh. dia tergelak dan kata betul kata chegu, 14 tu kena kira ataih apa, hahaha…
September 10, 2007 at 9:24 pm
Accia,
Adakah 14 nyawa dia kata 14 ONLY. Bodoh punya olang
September 10, 2007 at 9:24 pm
kalau orang biasa macam kita ni berapa banyak mati pun tak banyak lah kiranya… tak penting katakan..tanya najib kalau bini dia tak ada, boleh jawab takpa juga ke? (takpa.. boleh cari bini baru.. muahaha)
September 10, 2007 at 9:25 pm
Raplah,
Penampaq tak cukup, penerajang baru betoi.
Ingat nak resign jadi cikgu la. Nak supply barang kat kementerian2 pulak. Sekali supply cukup makan sampai mati.
September 10, 2007 at 9:32 pm
Bongkerz,
Dia nanti kata takpa ZZ ada.
September 12, 2007 at 9:32 am
Salam Cik Gu
Walauapa pun cik gu, kita kena tabik pada pemimpin pemimpin kita seperti kak Rafidah Aziz, kerana keperihatinan mereka terhadap raayat.Saya lihat dia(Rafidah) hampir menangis apabila dia menceritakan bagaimana dia dapat pen yang tiada berdaawat yang dibeli oleh jabatan nya dengan duit raayat. Pada Abang kita Senator Mohamad Mohamad Taib , berani di bom, di baling dengan batu demi mempertahankan Raja Raja Tanah Melayu.Adik kita khairi yang sanggup rugi kerana menjual saham nya yang bernilai berjuta juta tu kepada orang melayu. Patut bermegah dengan Najib kerana hanya 14 saja anak anak raayat biasa yang MATI diPLPNdan bukan nya 20 yang dilaporkan.
Walauapa pun Cik Gu saya ucapkan SELAMAT BERPUASA DI BUALAN RAMADZAN ini.
September 12, 2007 at 10:04 am
Kalau top people pun asyik practise ‘tidak apa’ attitude, camne kita nak berubah mentaliti? Semalam saya baru berbual topik hangat ni dgn MambangHijau…marah sungguh saya…guna duit rakyat utk beli benda murah tapi mahal quotenya…ada kemalangan jiwa mula kira berapa if tak ramai…oohhh takpa…sakit hati belum terubat…ni tambah tenat bila dengaq hal makan duit rakyat dgn bajet yang lansung tak membantu rakyat golongan marhaein…
Oh ye…selamat berpuasa che’gu..salam buat kakak and family…semoga ibadah kita di bulan mubarak ini membersihkan diri kita untuk menjadi Muslim lebih beriman…amiiinnn..
September 12, 2007 at 11:06 am
Bru,
Kita patut bangga dengan pemimpin kita yang sanggup berkorban apa saja dengan duit rakyat.
Selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK kembali.
September 12, 2007 at 11:08 am
Raden,
Mengapa kita jadi marah? Sebab kita dah tak sanggup di tipu dan di gula-gulakan lagi. Salahkah kita kalau lain kali kita tak percaya dah apa depa cakap?