Pusat Latihan Khidmat Negara

Ada kah anda dah tak tahan dengan perangai anak-anak anda di rumah? Ada kah anak-anda menjadi beban yang berat bagi anda? Adakah anak-anak anda ahli kumpulan rempit durjana? Adakah anak-anak perempuan anda bohsia yang sedang mengidap sifilis dan gonorrhea? Kalau jawapan anda ialah ‘Ya’ bagi kesemua soalan ini, jangan risau. Kerajaan Barisan Nasional yang dicintai dapat membantu anda. Ya, bantuan menunggu anda. Angkat talipon itu dan panggil kami dan semua masalah anda akan hilang begitu saja.

Hantar lah anak-anak anda ke Pusat Latihan Khidmat Negara. Kami jamin anak-anak anda tidak akan pulang lagi. Sekiranya mereka tetap pulang, kami jamin keadaan fizikal dan mental mereka tidak akan sama. Ini bermakna, mereka layak dihantar ke institusi-institusi bagi mereka yang cacat dan sekali gus masalah anda sudah selesai.

Kami sangat bangga bahawa prestasi pusat-pusat ini semakin meningkat tahun demi tahun. Kalau pada mulanya dengan hanya segelintir saja yang maut, kini kami bangga mengumumkan yang angka ini sudah meningkat dengan ketara. Kami bangga sebab Malaysia dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengetuai jawatankuasa menangani masalah remaja bermasalah. Modul Malaysia telah diambil sebagai asas dalam membentuk kurikulum semua program anjuran Bangsa-Bangsa Bersatu

Di kem-kem kami, kami menyediakan kemudahan-kemudahan berikut.

  • Pusat pembiakan nyamuk aedes
  • Kolam-kolam perangkap yang menjaminkan maut
  • Jurulatih-jurulatih bekas tahanan pusat rogol negara
  • Tukang-tukang masak yang pakar dalam ilmu keracunan makanan
  • Akitiviti-aktiviti ‘gang fight’ yang menarik
  • Pertandingan-pertandingan gang fight antara negeri dan juga antara bangsa

Kami juga mempunyai bahagian Penyelidikan dan Pembangunan untuk sentiasa mencari jalan bagaimana hendak membunuh anak-anak anda dengan berkesan.

Selain dari anda tidak dibebani oleh anak-anak anda, anda juga berpeluang muncul dalam surat khabar dan TV bila ditemuduga. Anda juga akan diberi pampasan oleh kerajaan atas setiap kematian.

Sudah ka anak anda didaftarkan? Tunggu apa lagi? Daftarlah sekarang. Dalam tempoh promosi ini kami menyediakan pakej pengkebumian yang berjenama secara percuma kepada 1000 pendaftar yang pertama. Cepat selagi stok masih ada.

Hubungi pejabat-pejabat kami di semua bilik-bilik mayat seluruh negara.

Posted in Uncategorized. 17 Comments »

17 Responses to “Pusat Latihan Khidmat Negara”

  1. tokasid Says:

    Salam che’gu:

    Komikal dan sinikal, tapi merangkumi perasaan gentar orang awam terhadap PLKN.
    Bila baca kes2 kematian, rogol di PLKN rasa macam budak2 ni dok dalam concentration camps pulak. Macam depa kena hantar pi Siberia. Macam depa di paksa oleh ‘Nazi’ ke sana. Ye lah…kalau menolak ‘jemputan’ untuk ke sana, mereka di ugut akan di penjarakan.
    Bila dah pergi memenuhi ‘jemputan’ macam dok dalam penjara jugak.

    I too, wondered, ada ka anak2 Menteri yg di jemput ke kem PLKN ni? Anak Hishamuddin Keris masuk ka? Anak YB-YB BN ada ka di sana?

    Mungkin Tan Sri Lee Lam Thye boleh keluarkan statistik anak2 ADUN dan AP dan EXCO dan Menteri2 yg telah dan sedang di PLKN.

    Mungkinkah Pusat serenti lebih selamat dari kem PLKN??

  2. bru99 Says:

    Saya sangat setuju dengan saranan Tokasid mengenai dengan mengeluarkan statistik anak anak Adun dan AP , Menteri Menteri, Menteri Besar yang telah dan akan pergi membuat latihan diPLKN.

  3. katataknak Says:

    Doc,
    Aklu tulih ni pun lepaih baca posting sapa entah yang ada lagi kematian. Teghoih naik marah. kalau kes, kes makin kurang takpa la jugak walau pun aku tetap rasa niat depa buat ni semua ialah untuk buat duit dulu baru lah niat sampingan ialah untuk kononnya kebaikan bebudak tu.

    Bru,
    Ya aku pun teringin sangat nak tau berapa anak YB2 dan jugak kuncu2 depa yang masuk. Kita nak tau percentagenya sbb dalam banyak2 tentu ada yang masuk dan yang tu la depa akan canang tapi diam tentang

  4. afrar yunus Says:

    salam cikgu
    plkn ni dipertahankan oleh lee lam thye kerana hasil cadangan dialah tun m luluskan projek tu. dulu dia dalam dap, lepaih tu dia keluak pasai dap tak sesuai dengannya. anak-anak kita ramai yg tak mau pi plkn kerana terlalu banyak masalah. tak sesuai dengan budak-budak tu. tapi tak buleh keluak pi tang lain macam lee lam thye buat . pasai puak plkn dok gempak nak penjara. hak yg patut dok dalam penjara, dok sengeh dengan gelagat mangkak puak plkn ni.

  5. katataknak Says:

    Afrar,
    Yang tu tepat sekali, yang patut masuk penjara tu memang dok sengeh pasai depa tau yang kemungkinan besaq depa tak akan masuk penjara.

    Ada satu kes tentang disiplin budak di sek saya. Memang la kalau nak ikut bebudak tu buat kesalahan yang agak serious tapi bagi saya, itu ialah childish prank yang go too far dan sek nak sack depa pada hal ada lagi banyak kes yang betoi2 hardcore where they chose to close an eye sebab yang nak di sack tadi basically bebudak baik yang harmless so depa berani dan yang hardcore memang jahat so depa reluctant. Mana dia keadilan didunia ni?

  6. acciaccatura Says:

    salam che gu,
    part yang saya sangat tak setuju dalam hal ni adalah menyuruh anak-anak perempuan pergi latihan.

  7. Anonymous Says:

    Accia,
    Depa tak peduli tentang concerns and sensitivities parents sbb anak depa selalu escape.

  8. ILA Says:

    PLKN is nothing about the nation and the patriotism,absolute not at all for the religion purpose, but it just someof the the solution to making money by all these bullshit politician and capitalist. They don’t care about the public interest and also they don’t want to know about our children life.Its also same thing was happened in the process to upgrade the defense equipment. Nothing to do with this phenomenon except all of us change from this bullshit to a new one.

  9. takik Says:

    hahaha..nice one..tepat ke batang idung depa2..

  10. naktaknak2 Says:

    ILA & TAKIK
    Memang di Malaysia ni, apa saja depa buat yang kononnya untuk rakyat, pertama sekali niat depa ialah untuk dapat duit dan bagi kroni kenyang lepaih tu baru rakyat.

  11. emma Says:

    Salam Chegu,
    Bila dibaca dr kekawan chegu, satu pun tak ada yg memberi semangat. Semuanya mengutuk ada. Patutnya hantaq chegu dan kawan2 chegu tu pi sana. Buat latihan jasmani dan rohani sikit. Kut2 balik elok kut kepala masing2. Anak ponakan saya 2 org pergi relaks aje(jantan dan pompuan). Pas tu klu dioffer nak pergi lagi. Enjoy mcm summer camp. Yg susah tu bila kita pikiaq susah.
    Kekawan chegu asyik pikiaq yg negatif aje. Yg kita buat latihan ni baru ala-ala tentera, blm tentera betoi lagi. Klu nak banding dgn. negara pulau kat bawah kita ni nowhere.
    Dok bagi muka sgt kat anak2 muda tu yg jadi mcm2 tu, rempit lah, bohsia la, kencing pun zig-zag lagi dah lawan tokey. Biaq bagi mereka rasa mcm mana susah hidup ni, jgn semua nak suap. MALAYSIA BOLEH.

  12. katataknak Says:

    emma,
    Yang rempit tu la yang putera dok bela. Kami marah sebab depa buat tu untuk makan duit, kami kenai orang2 yang buat duit dari benda ni. U cakap dengan orang yang suka, yang nak pi lagi, pi la cakap dengan mak bapak bebudak yang mati sebab negilgent, yang kena rogol, yang sakit kena dengi. Kalau nak buat, buat la ala tentera betoi, pasai apa tak berani buat? Takut orang marah dan kalah pilihanraya? So in the meantime buat la sekadar melepaskan batuk ditangga saja asalkan buat duit cukup. Anyway thanks for commenting.

  13. katataknak Says:

    emma,
    Sori terlupa, apa you kata latihan rohani di PLKN? Saya kenai banyak yang balik tapi rohani depa macam dulu jugak. Bila benda dibuat dengan niat tak baik, tuhan tak berkat.

  14. kamus Says:

    betul2… org2 kg aku sume dah bising sebab anak2 diorang makin teruk ha… lerohanian kurang… makin malas nak semayang…. jom tuka kerajaan, baru masalah ni selesai..

  15. BULLSHIT Says:

    SEMUA YG KOMEN2 NI ORANG BODOH..
    KAT UMAH KORANG SEMUA LAH ANAK2 KORANG ROSAK CZ KORANG SEMUA GILA..

  16. BULLSHIT Says:

    KEPALA OTAK KO LAH NAK TUKAR KERAJAAN..

  17. absolute Says:

    bullshit ni mesti seekor pencacai..ekekeke..


Leave a Reply