Lelong! Lelong!

A: You pasti ini baik punya?

B: Sudah tentu encik, saya tak jual barang koman punya.

A: Ada gerenti ka?

B. Mesti ada punya. Takpa, saya jadi gerentor, ha apamacam?

A. Mahal sangat la, tak buleh kurang sikit ka?

B. Aisay encik, ini standard price la. Mana mana pi pun serupa harga juga.

A. Itu orang cakap, ada yang murah sikit.

B. Sapa cakap? Mana ada. Ini negara dalam saya satu orang saja buleh dapat ini barang. Dia orang tipu la.

A. Aiya, ini curi saja, bukan dadah ka bunuh ka, kasi kurang sikit la.

B. Haiyo, encik, kalau dadah atau bunuh lagi mahal. Sumpah saya cakap.

A. Apa pasai dadah dengan bunuh lagi mahal?

B. Aiyo, itu lagi serious, lagi banyak orang mau makan. Sini kasi sikit, sana kasi sikit, lama-lama banyak la. Lagi pun

dadah sama bunuh, banyak orang bukak mata, jadi dia punya risiko sikit ada tinggi la.

A. Tak mau postpone tau, dia sudah duduk dalam banyak lama.

B. No problem encik, kita kasi buang terus. Satisfaction Guaranteed. Aisay encik, ini Singam la. Apa Singam cakap dia

tentu deliver punya. Ini kerja kita orang sudah bikin lama la.

A. Ok, ok mana akaun mau simpan ini duit?

B. Ayoyo, jangan masuk akaun encik, cash kasi, semua settle.

A. Ha, Singam, saya mau tanya sikit. Saya punya kawan sudah kena tangkap. Dia gila punya orang, dia sudah

bunuh satu budak pompuan. Ala dalam paper semua ada apa dia punya cerita. Buleh kasi settle ka itu?

B. Itu kes ka? Haiyoooo, itu banyak high profile punya kes la.

A. Tak buleh ka?

B. Saya ada cakap tak buleh ka? Sumua boleh punya, tapi banyak mahal la encik.

A. Ok, nanti saya tanya sama dia. Jadi ini kes kira on okay? You pasti itu Hakim boleh kaotim ha?

B. Small matter la encik. Banyak terima kasih. Ha, encik, kalau ada kawan mau beli itu judgement, cakap sama

sama saya la. Mana court pun takpa. Saya ada orang di semua court. You jangan risau.

Posted in 1. 4 Comments »

Penagih Internet

Lani baru aku paham perasaan Bakaq Penarik Beca bila dia ada problem dengan streamyx dia sebulan dua dulu. baru-baru ni aku kena. Tak, problem aku bukan dengan streamyx tapi dengan modem aku. Entah apa jadi aku pun tak tau. Yang aku tau, aku tak buleh surf.

Banyak hari jugak aku tak buleh surf. Aku hanya dapat peluang masuk sekali-sekala untuk check mail bila ada di sekolah. Takkan nak bawa laptop dan surf dalam kelas kot. Tu dah salah. Bila ada dibilik guru dan bila takdak kerja lain baru dapat masuk sat tengok ada orang komen tak.

Di rumah, anak-anak aku jadi macam penagih, dok meleleh hinguih, seram sejuk tubuh badan pasai tak buleh surf. Depa takpa la buleh pi cybercafe. Aku ni dah tua, rasa tak selesa kalau nak pi cybercafe dengan budak-budak sekolah yang banyak dok kelitin kot situ.

Jadi mau tak mau terpaksa tahan jugak la. Dasyat jugak pukulan cyberworld ni. Bila tak buleh masuk rasa gian semacam. Tadi dah dapat modem aku dan terus aku pasang dan masuk untuk melepaihkan gian.

Rupa-rupanya aku ni penagih jugak. Anda macam mana?

Posted in 1. 7 Comments »

Ini Syaitan, Bukan Binatang.

Tadi aku tengok berita. Tajuk utama pasai adik Nurin yang dikebumikan. Aku langsung hilang perasaan segan dan malu. Aku menangih dan aku tak mau tahan air mata dari membasahi pipi aku. Anak no 2 dan no 3 aku dengan bini aku pun ada di tepi. Aku tengok depa pun menangih sama.

Awatlah buleh jadi macam ni? Apa la salah budak tu? Aku tak sanggup bayangkan apa yang dia lalui semasa dalam tahanan syaitan-syaitan tu. Depa bukan binatang, sebab binatang pun ada compassion terhadap specie sejenih depa.

Ya ALLAH sakitnya hati aku bila aku kenangkan ini semua. Ya ALLAH, kau bagi penjahat-penjahat tu ditangkap. Untuk kebaikan depa, bagi la depa ditangkap oleh Polis. Kalau dapat kat aku, ALLAH ampun kan aku, aku tak akan biaq depa. Aku akan pastikan yang depa menyesai atas perbuatan depa di situ jugak. Aku dah tak peduli dah.

Aku rasa aku bukan keseorangan dalam kes ni. Aku rasa orang-orang biasa pun mungkin akan buat apa yang aku akan buat. Kepada ibu-bapa2 yang ada di luaq sana, tolong la jaga anak-anak tu. Jangan lepaih depa dari pandangan mata. Tolong la.

Posted in Uncategorized. 11 Comments »

Hukuman Berat

Kenyataan Pejabat Peguam Negara

Setelah menyiasat video yang mendedahkan tentang salah laku VK Lingam dan CJ Ahmad Fairuz, Peguam Negara mendapati bahawa terdapat bukti yang menunjukkan bahawa memang ada salah laku yang serious di sini. Setelah membentangkan hasil siasatan ini kepada Cabinet, adalah dengan sebulat suara dipersetujui bahawa kedua-dua mereka, VK Lingam dan Tan Sri Ahmad Fairuz di kehendaki menulis sebanyak 50 baris ayat-ayat ini.

Saya berjanji tak akan buat salah lagi. Kalau saya buat juga saya rela telinga saya dijentik.

Adalah diharapkan bahawa denda ini akan menghalang pihak-pihak lain daripada membuat salah lagi.

Dengan ini juga diumumkan bahawa kes ini ditutup.

Posted in Uncategorized. 4 Comments »

Keba Boom! Adoiiii!

Dah mola dah. Orang Melayu yang terer-terer dah mola dah dengan eksperimen depa. Sapa kata orang Melayu ni bodoh? Kalau bodoh tak keluaq la di tv Mat Gaiver2 Melayu yang di surung masuk hospital dengan luka di tangan, luka di mata dan yang tadi aku tengok di tv, luka di Awang dia.

Tiap-tiap tahun bila mai musim posa saja mola la ada berita Mat Gaiver2 Melayu masuk makmal nak mencipta bom. Gamaknya depa dok marah kat Amerika so depa nak cipta depa punya sendiri punya MOAB (Mother Of All Bombs). Memang terer pun depa. Saintis saintis barat guna peralatan-perlatan yang canggih manggih tapi Mat Gaiver kita guna aerial tv, kelongsong besi dan jugak botoi. Fuh, terer la depa. Tentu saintis saintis luaq tabik punya.

Dalam kekusyukan depa mencipta bomb-bomb tu depa terlupa yang member-member depa dah pernah guna cara yang sama tahun-tahun dulu. Ramai diantara depa yang lani kudung, buta, pekak, bisu dan ada jugak yang biol. Depa tak tau dah cara lain nak buat bomb tu so depa buat cara lama jugak la dan hasilnya jugak macam dulu jugak la.

Yang aku herannya ialah masa Tahun Baru Cina, iaitu perayaan yang banyak consume mercun, tak dengaq pun orang orang Cina kudung tangan dan buta mata main mercun buatan sendiri. Pasai apa? Pasai depa main dalam bentuk yang depa beli. Cukup la, depa dah puas hati. Masa Deepavali pun tak dengaq cerita-cerita gila ni, tapi bila mai masa Raya Posa, gerenti ada cerita-cerita ni. Mungkin bunyi mercun tu tak cukup kaw kot. Depa mau yang betoi-betoi kaw.

Yang mak bapak depa ni semua buat apa? Awat yang bodoh sangat? Awat tak sayang anak ka? Awat yang pi biaq anak-anak depa buat kerja gila ni semua.

Heran la dengan orang-orang Melayu ni. Tiap-tiap tahun jadi cerita ni tapi depa dok buat jugak. Bila cakap pasai Rempit al Khinzir, orang Melayu yang dapat nama, bila cakap pasai pakar buat bonb kelas 3, orang Melayu dapat nama, bila cakap tentang pilih kerajaan membabi buta pun orang Melayu dapat nama. Bila la nak belajaq dari kesilapan ni? Bila?

Posted in Uncategorized. 8 Comments »