Hari Merdeka dan Pesta Bola Merdeka

Lani jam 10.39 di komputer aku. Ramai pak cik pak cik dan mak cik mak cik dah siap elok-elok sedang menikmati hiburan free yang disediakan oleh kerajaan-kerajaan negeri atau pun kerajaan federal. Ramai jugak yang duduk depan tv dok tengok rancangan rancangan hiburan ni. Biaq pi kat depa la. Memang la kita hidup ni kena la ada hiburan. Islam tak haramkan hiburan, tapi hiburan jenis apa?

Biaq pi lah kat depa, walaupun aku tau malam ni ramai jugak budak-budak sekolah yang tipu mak bapak depa untuk keluaq pi cari hiburan ni. Sebenaqnya bukan mak bapak tak tau anak-anak depa dok pelotaq depa. Depa tau tapi depa tak kuasa nak larang atau pun kesian kat anak-anak kerana tak dak hiburan konon. Lepaih anak-anak depa balik, lebam biji mata, bengkak sini bengkak sana, luka sini luka sana baru depa nak menyesai. Lepaih 3 atau 4 bulan, perut anak dara depa mula buncit baru la nak menangih kata malu.

Orang Melayu ni memang macam tu la, Tengok la bila mai musim raya. Ada saja berita, si Dollah putuih jari, si Najib buta mata, si Zam melecoq badan, si Det putih lidah pasai main mercun buatan sendiri. Bukan tak disiarkan di berita dan akhbar, tapi depa tak peduli, pasai apa? kesian kat anak-anak. Bila dah putih yang ni dan putuih yang tu baghu nak meraung menyesai. Kadang-kadang mau saja aku kata padan muka kat mak bapak jenih ni. Kalau di sekolah kita nak minta sepuluh ringgit pun punya la susah tapi dalam hal ni sanggup dia bagi duit kat anak dia lagi pasai apa? kesian kat anak-anak. Tengah dok taip ni aku buleh dengaq motor Mat Rempit sial bunyi. Ni lagi satu malapetaka. Kebanyakkan daripada makhluk-makhluk ni budak Melayu yang masih di bangku sekolah. Mana dapat duit beli motor? Mak bapak bagi. Pasai apa? Kesian kat anak-anak. Anak ada lesen tak?

Sebenaqnya aku nak tuleh pasai bola semalam tapi dah tebawak-bawak pasai celebration ni. Aku tengok la jugak game semalam. Aku punya la tebakaq dengan pemain Myanmar yang main kasaq macam nak berperang. Nampaknya depa tak buleh terima kekalahan. Pemain Malaysia main okay tapi lembik sikit. Depa dok kena dengan pemain Myanmar sampai satu peringkat buleh nampak pemain Malaysia dah naik takut. Tu yang buleh masuk 1 gol depa tu pasai pemain Malaysia takut nak masuk tapi overall tahniah kepadapasukan ni kerana mengharumkan nama negara.

Sama ada game tu dibeli atau tidak itu debatable la. Tapi satu lagi yang buat aku meloya, nak termuntah ialah bila si Berahim Saat tu nak curi glamour. Si Khir Toya tu pulak, tersengih-sengih macam dia la bertanggungjawab dengan kejayaan ni. Pengulas-pengulas sukan pun apa lagi raya sakan lah memuji dan menaruh harapan yang tinggi. Depa tau tak ini menambahkan pressure ataih kepala dan bahu budak-budak tu. Cakap pasai pengulas sukan, apa kita takdak pengulas sukan yang betoi-betoi profesional ka. Suruh la Hasbullah Awang tu pencen meluat aku dengaq dia melalut.

Aku pasti BN akan gunakan kejayaan ni sebagai satu public relation exercise untuk nak dapat sokongan. Apa-apa pun syabas kepada team ni dan selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 50. Bagi aku bukan Hari Kemerdekaan sebab kita belum merdeka lagi. Kita masih dijajah dengan mentaliti hiburan ala barat dan yang paling sedih sekali ialah kita sekarang dijajah oleh bangsa kita sendiri.

Posted in Uncategorized.

3 Responses to “Hari Merdeka dan Pesta Bola Merdeka”

  1. afrar yunus Says:

    salam cikgu
    “Bagi aku bukan Hari Kemerdekaan sebab kita belum merdeka lagi. Kita masih dijajah dengan mentaliti hiburan ala barat dan yang paling sedih sekali ialah kita sekarang dijajah oleh bangsa kita sendiri” - entah sampai bila cikgu?

  2. katataknak Says:

    Afrar,
    Sampai majority sedar dari buaian ‘feel good’ yang palsu ni kot.

  3. hanyagerhana Says:

    sian kan kita rakyat malaysia
    merdeka ats name je
    tapi masih dijajah mentaliti
    ya Allah, berikan kami hidayah..

Leave a Reply