Ngeri Dan Sedih Dan Marah Dan Kesal

accident.jpg

Dah lama juga aku nak tulis tentang hal ni tapi selalu put off sebab tak tau nak tulis dari angle apa. Sedang dok tunggu ilham nak tulis dari angle mana dok baca dalam akhbar dan dok tengok di tv cerita tentang macam-macam perkara yang aku anggap aneh boleh berlaku di negara yang kononnya pesat membangun dan mempunyai 1st class infrastucture.

Aku baca tentang bas tak dak permit, aku baca tentang susah contact tuan punya syarikat, aku baca tentang pemandu bas yang mempunyai saman panjang berjela-jela sampai boleh pusing Putrajaya 4 kali, aku baca tentang pemandu bas mengantok, aku teringat jugak dulu heboh cerita pemandu bas dan lori memandu dalam keadaan khayal macam kes DUI di Amerika tu.

Tengah dok tunggu ilham mai, aku sedih betul dengan nasib waris-waris mangsa yang maut dan juga yang cedera. Ada yang hilang mak, ada yang hilang bapa, ada yang hilang abang, adik, kakak dan sahabat, ada yang hilang anak, ada yang tak sempat pi konvo. Pendek kata, tak ada siapa pun yang untung dalam hal ini kecuali pembeli besi buruk. Gambaran yang kita tengok sungguh ngeri. Bayangkan keadaan mepa semua bila jadi macam tu. Bayangkan hati si emak dan bapa bila dengar berita yang anak depa dah tak ada. Bayangkan perasaan si anak bila di beritahu yang dia dah tak ada tempat menumpang kasih-sayang.

Bila aku kata aneh tadi, maksud aku ialah, kita ada pelbagai undang-undang untuk mencegah apa-apa saja keburukkan macam ni dari berlaku. Kita boleh dikatakan sebagai negara yang paling kaya dengan undang-undang di dunia ni. Tak cukup JPJ kita ada PUSPAKOM untuk pastikan yang kenderaan-kenderaan yang berada di jalanraya adalah roadworthy. In fact, PUSPAKOM ni pun wujud untuk kononnya mengatasi rasuah yang memang terang-terangan berlaku di JPJ hingga saat ini. Yang teroknya, ramai orang JPJ yang di ambil kerja di PUSPAKOM. Mentaliti depa di PUSPAKOM pun sama jugak. Apa yang berlaku ialah rasuah yang berlaku di satu department di transferkan ke satu department yang baru dan ini menambahkan department yang rasuah. Ini yang dikatakan kemajuan?

Kita ada sistem demerit, kita ada sistem berkomputer untuk kesan orang yang banyak saman. Kita pernah dengar orang merungut tak dapat memperbaharui lesen mereka sebab ada outstanding traffic summons. Kita diberitahu yang drebar bas yang malang tu ada banyak outstanding summonses tapi dia dik bawa bas dia jugak. Apa kah lesen dia masih hidup pada masa kemalangan itu. Kalau hidup, macam mana benda ni boleh berlaku? Kalau dah mati, macam mana dia masih digajikan oleh syarikat dia? Kalau lesen dia mati, dalam ratusan atau ribuan trip yang dia buat, tak kan sekali pun dia tak kena tahan? Kenapa syarikat dia tak diambil tindakan? Kalau lesen dia masih hidup (sepatutnya tak boleh jadi macam ni) takkan dalam check-check yang dilakukan pihak berkuasa tak tau yang dia mempunyai oustanding summonses yang banyak so tak layak memandu?

Apa yang sebenarnya JPJ dan Polis buat masa depa buat roadblock di merata-rata tempat. Yang jadi tanda-tanya sekarang, berapa syarikat bas yang dikenakan tindakan berbanding dengan driver. Seperti Zewt kata dalam blognya, bila ada kemalangan, driver yang dipersalahkan, bukan syarikat. Macam mana boleh jadi macam ni.

Nak dapat lesen syarikat bas bukan senang. Biasanya kena ada connection dengan orang politik yang bukan cikai baru boleh dapat lesen. Orang politik tu kena lah jadi salah sorang pengarah. Jadi bila dah pengarah orang yang kenamaan, macam mana nak ambil tindakan keatas syarikat-syarikat ni. Ini lah bahayanya rasuah macam ini. Ini satu rasuah la, apa lagi? Kalau tak ada scenario macam ni, senang saja nak ambil tindakan keatas syarikat-syarikat jahat ni. Bila tindakan selalu diambil keatas syarikat syarikat ni, lama kelamaan syarikat ini akan rasa perit dan akan ikut peraturan. Kalau penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara jujur tak ada lah syarikat-syarikat jahat ni.

Ada kah keadaan ini akan berhenti? Adakah orang-orang politik akan berhenti mengambil kesempatan dalam pemberian lesen syarikat-syarikat bas ni? Aku rasa tidak. Mereka ni semua macam hantu pelesit yang hisap darah. Adakah depa rasa bersalah? Jauh sekali. Tunggu la bila nak dikeluarkan permit-permit baru, lintah-lintah ini lah yang untouchable yang akan dapat dan undang-undang mesti tunduk.

Bila nak pilihanraya, berbuih mulut pihak berkuasa kata yang mereka akan cari mereka yang bertanggungjawap sehingga ke lubang pungkok mak depa. Dah selesai pilihanraya, mereka dah menang, back to old times.

Salah ka aku kalau aku tak yakin yang keadaan ini akan berubah? Selagi kita terus dengan kita punya politics of patronage ini, selagi itu lah kita akan tengok rakyat kita jatuh berguguran satu demi satu demi untuk memuaskan nafsu lintah-lintah dajal yang tak berperikemanusiaan ni. Aku tau tak semua mereka jahat macam ni, tapi yang baik tu pun tahu siapa yang jahat. Depa lah yang kena tolong weed out anasir-anasir ni. Mana conscience mereka?

Posted in Disaster.

6 Responses to “Ngeri Dan Sedih Dan Marah Dan Kesal”

  1. tokasid Says:

    Salam che’gu:

    You have said it well. What you wrote here, I’m sure represents the views of most thinking Malaysians.

    Its actually very frustrating. The whole transport system is actually in deep-shit. Both the govt agencies involved and the transport companies. Everyone wants something out of the system. Some ppl from govt agencies wanted something to close their ‘one-eye’. The transport companies are willing to give something as long as someone closes ‘one-eye’ and these buses can still be on the road.

    Now, we want to know what is being done to the victims’ families? Who will take the blame and responsibilities? The bus companies? The CVLB or JPJ or Puspakom?

    Does anyone care about the widows, the anak yatim? Does anyone(politicians) care how these kids will grow up witout a father or a mother or without both?

    What saddened me most is, all this hoo-haa (by “concerned” politicians)will not be there after 2-3 months. Mark my word.

    About the ’suap’ at JPJ and Puspakom, its still rampant. You can ask any car dealers and the will tell you with RM100/= your car will be issued a certificate of fitness without the car brought to Puspakom compound.

    How sad….

  2. katataknak Says:

    Doc,
    Instead of being angry at bloggers, the authorities especially the cabinet should embrace us as their eyes and ears. We the people on the ground can provide so much in our blogs. We can make their work easy. We do not ask for money for this social service. We want to live in peace, in a just society and in a blessed country. Thanks doc,

  3. radengaloh Says:

    Setuju sangat dgn apa yang Che’gu and TA tulih…Pasai apa mesti takut dengan kita bloggers ni…kita ni umpama telinga dan mata depa yang ketiga dan keempat…if mata dan telinga yang pertama dan kedua tak boleh diguna pakai, gunapakailah kita…alahai…depa ramai yang lulusan universiti canggih…awat lembapppppp?????…bukan kita minta depa bayaq royalti pun if depa dengaq suara kita….hehehe

    Pasai isu transport tu…dah berkarat basi dah perkara tu…dari saya belum baligh sampai saya nak masuk separuh abad lagi 10 tahun ni, masih di takuk lama…masih polisi lama…apataknya…bila ada kemalangan mulalah plan nak buat proposal itu ini…dah tu buat proposal je makan beribu-ribu hengget…duit sapa tu? duit poket depa ka duit kita?

    Sorry ter ‘emo’ lebih lak saya ari ni…Maaf semua…

    Take care ya.

  4. katataknak Says:

    Raden,
    Takpa kita emo tentang perkara-perkara macam ni. Terlalu frust sangat dengan inaction depa ni. Kalau buat kerja betoi, semua dijaga dengan baik, bila perkara macam ni kita kata lah takdir tapi bila kerja tak dijalankan dengan baik sebab asyik nak mengisi temolok saja, kita kata membunuh.

  5. emma Says:

    Bila tengok ni, hati sape yang tak marah. Tambahan kalau terkena orang yang tersayang.
    Inilah akibat kerja2 orang yang nak kerja tapi tak ikhlas.
    Kerja sebagai melepas batuk ditangga. Tak ada perasaan kesian langsung kepada orang lain. Dah jadi macam ni, tuding sana, tuding sini tak ubah macam lagu BANGAU OH BANGAU KENAPA ENGKAU JATUH…berbuih mulut nasihat ANDA BOLEH MENGUBAHNYA..tapi tak ada iktibar langsung dari peristiwa2 yang pernah berlaku. Manusia mudah lupa dan alpa. AL-FATIHAH.

  6. katataknak Says:

    Emma,
    Tepat sekali, macam lagu Bangau oh Bangau. Semua saja ada excuses. Nyawa manusia sekarang ni tak ada lagi nilai. Hanya nilai RM saja yang penting

Leave a Reply