NakTakNak kembali lagi

Tadi aku gatai sangat tangan aku. Aku dok kelebek di sini kelebek di sana, last last hilang habih semua post aku di blog lama. Aku buleh hilang pun pasai gatai nak tukaq template guna yang wordpress punya la. Masa dok buat aku hanya save widget saja terlupa save template asai. Dah la tu masa download template baru tak tengok yang dia tu zip file. Aku pulak takdak program untuk bukak zip dia. Nak bukak zip seluaq aku gheti la. Bila upload template baru tu dia tak mau bukak.

Aku punya bengang dengan diri sendiri, bukan dengan sapa-sapa, aku pi setting aku delete terus blog lama tu. Padan muka aku. Lani terpaksa buat lain la. Mula mula ingat nak guna blogger semula la tapi pasai marah punya pasai aku guna wordpress jugak. Yang betoinya wordpress tak salah, aku yang gatai tangan, tapi aku marah kat wordpress jugak.

Lani nak tengok macam mana wordpress ni pulak. Dulu aku try guna tapi rasa susah kalau bandingkan dengan blogger tapi kalau tak try macam mana nak buleh kan? Macam mana entah nak bubuh widget2 dan bubuh gambaq aku aku pun tak tau. Kena belajaq la.

Jadi kalau ada sapa-sapa yang baca blog ni sila la tuleh komen sikit, buleh la aku eksperimen dengan cara nak jawap dia. Kalau ada yang pandai dengan wordpress ni tulong-tulong la bagi tip kat aku macam mana nak gunakan dia se optimum yang mungkin.

Lani aku nak try publish tengok, jadi kat tak.

9 Responses to “NakTakNak kembali lagi”

  1. silent me not Says:

    takpe cikgu.

    sabar separuh dari iman. :D

  2. naktaknak2 Says:

    Terima kasih kerna mengingati saya. Kekadang saya terlupa. Mungkin sebab frust sangat kot.

  3. acciaccatura Says:

    assalamualaikum che gu,
    welcome to wordpress. :) sebenaqnya, saya pun tak pandai sangat guna wordpress ni. salah hari, che gu yang ajaq saya. saya ada dua blog di blogspot, yang saya rasa lebih mudah daripada wordpress. sabaq banyak-banyak che gu, inshaAllah.

    NTN2: Pn memang guna wordpress kan? Buleh ajaq macam mana puan insert gambaq dan buleh tukaq colour dan banner dia tak?

  4. tokasid Says:

    Salam che’gu:

    Tu dia aih….sampai hilang langsung. Patut la 2 hari nak masuk tak muleh.
    Elok juga che’gu guna wordpress. Mungkin ada kelainan. Lepaih ni kalu nak menggatai(tangan) pun save lah apa yg patuit dulu noo….

    KTN2: Memang betoi doc, dapat guna wordpress pulak tapi masih susah sikit la tambah2 bila buboh gambaq kena bagi kecik dulu kalau tak dia jadi besaq screen.

  5. bru99 Says:

    Salam Cik Gu

    Patut le saya nak masuk tak jumpa jumpa
    Tak apa le cik gu sabar je le….

    KTN2: Dok sabaq la ni Bru. Pasai sabaq la buleh bukak yang baru kalau tak sabaq berhenti terus la jawabnya

  6. kerp Says:

    saya terus kesini lepas baca KTN. takpe la nak buat camna. patutla saya notice every now and then pon KTN cikgu sentiasa bertukar wajah. rupanya tangan tak bleh dok diam…hahha..

    thanks. will get it linked up.

    NTN2: Yes Kerp, thats me, Mr Itchyfingers.

  7. naktaknak2 Says:

    Oh yes accia, why is it that when I add some widgets in the column where I have my blogroll, I will lose my blogroll?

  8. acciaccatura Says:

    che gu,
    sorry saya mai sini lambat. nampak macam semuanya dah ok je che gu. saya taklah sampai nak tukaq kaler. che gu punya pasai saya pun pi tukaq kaler. tapi orang gatai tangan memang akan lebih mahir inshaAllah.

    NTN2: Masih dok blur lagi sebab bila masuk widget di column yang ada blogroll, blogroll tu akan hilang. Saya kalau tak buleh settle masalah macam ni mula la naik gatai tangan tu.

  9. acciaccatura Says:

    ok che gu,
    cuba try lagi sekali. click:
    - dashboard
    - presentation
    - widget
    - (drag and drop your widget to main bar or right)
    - click save changes
    - view site.
    inshaAllah.


Leave a Reply